Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ingatkan Beza Minyak Rupanya Hanya Muncung Pam, Netizen Teruja Kongsi Perbezaan Dua ‘Nozzle’ Shell

NOZZLE
Kredit: Threads/ @thhqqqfff

Pernah tak anda perasan terdapat dua jenis muncung pam petrol yang berbeza pada pam minyak, walaupun kedua-duanya menawarkan bahan api RON95?

Persoalan itu dibangkitkan oleh seorang pengguna Threads menerusi akaun @thhqqqfff yang bertanya mengenai perbezaan antara dua muncung pam berkenaan.

“Korg ape beza 2 pump ni?” tanyanya menerusi hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna tampil berkongsi pengetahuan dan pengalaman masing-masing bagi menjelaskan persoalan itu.

Seorang pengguna, saifulrodzali, berkata kedua-dua muncung tersebut sebenarnya membekalkan minyak yang sama, iaitu Shell FuelSave RON95.

“Sama ja RON95. Kiri yang nozzle ZVA tu livery baru kalau tak silap. Kanan nozzle Tatsuno livery lama punya,” katanya.

Menurut penjelasan yang dikongsikan oleh meta.ai, kedua-dua muncung itu berada pada pam yang sama dan menawarkan bahan api RON95 yang sama.

Jelasnya, perbezaan utama hanyalah pada jenis perkakasan muncung pam yang digunakan.

“Kedua-duanya sama, iaitu Shell FuelSave RON95 pada pulau pam yang sama. Perbezaannya hanya pada perkakasan nozzle,” ujarnya.

Menurutnya lagi, muncung di sebelah kiri merupakan jenis ZVA yang menggunakan reka bentuk lebih baharu, manakala muncung di sebelah kanan pula ialah jenis Tatsuno yang merupakan reka bentuk lebih lama.

Bagi kualiti bahan api pula, katanya, tiada sebarang perbezaan kerana kedua-duanya membekalkan petrol RON95 daripada saluran pam yang sama.

Beliau turut menjelaskan bahawa nozzle ZVA mempunyai reka bentuk lebih moden, termasuk ciri yang membantu proses pengisian bahan api dilakukan dengan lebih kemas.

Dalam pada itu, meta.ai turut berkata bahawa istilah Unleaded 95 merujuk kepada petrol RON95 tanpa plumbum.

“Dua-dua nozzle dalam gambar itu sama sahaja. Kedua-duanya RON95 FuelSave Shell, cuma satu pam mempunyai dua muncung di kiri dan kanan untuk membolehkan dua kenderaan mengisi minyak,” jelasnya.

Selain perkongsian informasi, ruangan komen turut dimeriahkan dengan pelbagai respons berseloroh daripada netizen.

Seorang pengguna, syazanisaid, secara berseloroh berkata:

“Satu kidal, satu tak kidal.”

Seorang lagi pengguna, raydeee_official, pula berkata perbezaan kedua-dua muncung itu boleh dilihat menerusi cara ia dipegang.

Menurutnya, muncung di sebelah kiri lebih sesuai dipegang seperti posisi tangan ketika memegang pistol, manakala yang di sebelah kanan pula diumpamakan seperti menggenggam raket badminton.

Sumber:@thhqqqfff
Intipati
  • Seorang pengguna Threads bertanya perbezaan dua muncung pam Shell yang menawarkan RON95.
  • Penjelasan dikongsi menyatakan kedua-duanya membekalkan Shell FuelSave RON95 daripada pam sama.
  • Muncung ZVA digambarkan lebih baharu, manakala Tatsuno disebut sebagai reka bentuk lama.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan