GWM Malaysia Pamer Kekuatan Pembuatan Tempatan & Teknologi Mobiliti Masa Hadapan Di GATE 2026
GWM Malaysia mengambil bahagian dalam Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2026, sekali gus memperkukuh komitmen jangka panjangnya di Malaysia menerusi pemasangan tempatan, eksport serantau dan pengenalan berterusan teknologi mobiliti termaju.
Dianjurkan oleh Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), GATE 2026 menghimpunkan pihak kerajaan, pengeluar automotif, penyedia teknologi, pembekal dan pihak berkepentingan industri untuk bertukar pandangan, mempamerkan kemajuan teknologi serta meneroka peluang kerjasama merentasi ekosistem automotif, teknologi dan pembuatan Malaysia.
Bagi GWM Malaysia, platform ini menghubungkan pembangunan syarikat di Malaysia hari ini melalui produk, teknologi, pemasangan tempatan dan eksport serantau dengan potensi teknologi tenaga baharu yang berupaya membentuk landskap mobiliti masa hadapan.

Sejak memulakan operasinya di Malaysia pada 2022, GWM terus memperkukuh operasi tempatan menerusi pelaburan dalam produk, pengenalan teknologi serta inisiatif penyetempatan. Pada separuh pertama 2026, syarikat telah merekodkan penghantaran sebanyak 3,166 kenderaan, mencatatkan peningkatan sebanyak 42.4% tahun ke tahun dan meletakkan GWM dalam kalangan 11 jenama automotif terlaris di Malaysia, disokong oleh model-model utama termasuk GWM HAVAL H6 HEV dan GWM WEY G9 Hi4 PHEV.
Stan Li Hao, Pengarah Urusan, Operasi Komersial, GWM Malaysia berkata, “Sepanjang empat tahun lalu, kami telah membina asas yang lebih kukuh untuk GWM di Malaysia, disokong oleh penerimaan pelanggan yang semakin meningkat serta keyakinan terhadap produk dan teknologi kami. Ketika kami memasuki fasa pertumbuhan seterusnya, Malaysia menjadi semakin penting bukan sahaja sebagai sebuah pasaran, malah sebagai sebahagian daripada strategi ASEAN kami yang lebih luas.
“Menerusi pemasangan tempatan, peluang di peringkat serantau dan kerjasama yang lebih kukuh, fokus kami adalah untuk mewujudkan pertumbuhan yang mampan dan berterusan dalam jangka panjang, di samping menyumbang kepada pembangunan ekosistem automotif Malaysia.”

Memperkukuh Pemasangan Tempatan dan Peranan Serantau Malaysia
Di GATE 2026, GWM mempamerkan tiga model yang mencerminkan kemajuan semasa serta hala tuju masa hadapan portfolio pemasangan tempatannya.
Menerajui pameran ialah GWM WEY G9 Hi4 PHEV, MPV mewah pemasangan tempatan GWM yang turut dieksport dari Malaysia ke Thailand, sekali gus menunjukkan peranan Malaysia yang semakin penting dalam rangkaian pembuatan dan eksport serantau GWM. Di Malaysia, WEY G9 juga merupakan MPV mewah No. 1 terlaris dalam kalangan jenama OEM yang diedarkan secara rasmi.
Turut dipamerkan ialah GWM ORA 5 HEV dan GWM HAVAL H7 Hi4 PHEV, yang kedua-duanya dirancang untuk pemasangan tempatan di Malaysia. ORA 5 HEV menggabungkan reka bentuk tersendiri dan teknologi pintar dengan kecekapan hibrid, manakala HAVAL H7 Hi4 PHEV menawarkan prestasi, keupayaan pacuan empat roda pintar serta kecekapan elektrifikasi kepada portfolio SUV GWM.

Secara keseluruhan, ketiga-tiga model ini merangkumi satu model CKD semasa dan dua model akan datang yang dirancang untuk pemasangan tempatan, mencerminkan pengembangan berterusan portfolio pemasangan tempatan GWM serta pendekatan elektrifikasinya yang merangkumi pelbagai kategori dan rangkaian kuasa.
Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi, GWM Malaysia berkata, “GATE merupakan platform penting untuk industri bertukar pandangan, mempamerkan keupayaan dan meneroka peluang kerjasama. Bagi GWM, penyertaan kami mencerminkan kemajuan yang sedang kami capai di Malaysia hari ini serta potensi yang sedang kami terokai untuk masa hadapan.
“Dengan model CKD semasa kami, dua model akan datang yang dirancang untuk pemasangan tempatan, serta Malaysia berperanan sebagai pangkalan eksport WEY G9 ke Thailand, kami terus memperkukuh komitmen terhadap ekosistem automotif dan pembekal tempatan. Pada masa yang sama, kami berharap dapat menggalakkan dialog yang lebih luas bersama kerajaan, industri dan rakan teknologi mengenai bagaimana teknologi tenaga baharu boleh menyokong aspirasi mobiliti masa hadapan Malaysia.”

Menghubungkan Keupayaan Hari Ini dengan Teknologi Masa Hadapan
Selain portfolio kenderaan, GWM turut mempamerkan teknologi proprietari Hi2 dan Hi4, yang mencerminkan pendekatan syarikat dalam mengimbangi kecekapan, prestasi, kepintaran dan keupayaan bagi memenuhi pelbagai keperluan pemanduan. Secara keseluruhan, teknologi ini mencerminkan pendekatan pelbagai rangkaian kuasa GWM dalam membangunkan penyelesaian elektrifikasi untuk pelbagai aplikasi kenderaan, pasaran dan keperluan pemanduan.
GWM turut mengetengahkan teknologi hidrogen yang dibangunkan oleh FTXT, memberikan pihak berkepentingan industri gambaran mengenai pembangunan global Kumpulan dalam penyelesaian tenaga alternatif serta potensi masa hadapannya merentasi sektor mobiliti, tenaga dan aplikasi yang lebih luas.
Pameran teknologi ini bertujuan meningkatkan kesedaran industri serta menggalakkan dialog yang lebih luas mengenai bagaimana hidrogen dan teknologi tenaga baharu lain yang sedang berkembang boleh menyumbang kepada aspirasi mobiliti jangka panjang Malaysia.

Membina Hari Ini, Meneroka Masa Hadapan
Secara keseluruhan, penyertaan GWM di GATE 2026 menghubungkan dua keutamaan penting syarikat di Malaysia: memperkukuh pembangunan semasa menerusi penyetempatan dan pengembangan di peringkat serantau, sambil meneroka teknologi serta kerjasama yang berpotensi menyumbang kepada fasa pembangunan mobiliti seterusnya.
Ketika GWM terus mengembangkan kehadirannya di Malaysia, syarikat kekal memberi tumpuan kepada pengembangan portfolio produk, pengukuhan keupayaan pemasangan tempatan, peningkatan pengalaman pelanggan dan sokongan selepas jualan, serta pembangunan kerjasama tempatan dan serantau yang lebih kukuh.
Menerusi kerjasama berterusan dengan agensi kerajaan, pihak berkepentingan industri, pembekal dan rakan teknologi, GWM berhasrat untuk menyumbang kepada pembangunan berterusan ekosistem automotif Malaysia, di samping meneroka peluang untuk memperkukuh penyetempatan, integrasi serantau dan kerjasama teknologi pada masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti GWM Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok untuk mendapatkan berita, promosi dan maklumat terkini mengenai aktiviti GWM Malaysia.
