Siakap Keli
resit hina Islam
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Sinar Harian

Tular Gambar Resit Didakwa Hina Agama Islam, Polis Sahkan Terima Laporan

Tular Gambar Resit Didakwa Hina Agama Islam, Polis Sahkan Terima Laporan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Barat Daya mengesahkan menerima laporan berhubung kes gambar tular didakwa memaparkan resit tertera ucapan menghina agama Islam.

Difahamkan, kes terbabit dipercayai berlaku di sebuah premis di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes terbabit jam lebih kurang 8.46 malam, pada Rabu.

Hasil siasatan mendapati terdapat satu pesanan yang diterima jam 3.05 petang pada Rabu melalui aplikasi pesanan pizza yang mempunyai perkataan menghina agama Islam di bahagian ‘remark’ atau nota pesanan resit.

Tambah Kamarul Rizal, kes kini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

BACA: Bawa Anak Pergi Kedai Emas, Ibu Bapa Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.