Siakap Keli
masjid indonesia teguh
Gambar: Instagram

Tular, Masjid Di Indonesia Berdiri Teguh Selepas Dilanda Bencana Banjir Kilat

Tular, Masjid Di Indonesia Berdiri Teguh Selepas Dilanda Bencana Banjir Kilat

JAKARTA —  Tular video memaparkan sebuah masjid di daerah Agam, wilayah Sumatera Barat kekal kukuh berdiri meskipun kawasan di sekelilingnya musnah akibat banjir kilat yang berlaku baru-baru ini.

Memetik portal Okezone, suasana dan keadaan Masjid An-Nur itu dikongsikan dalam muat naik di media sosial tempatan hingga menjadi bualan ramai.

Beberapa hari lalu banjir kilat telah melanda kawasan berkenaan hingga memusnahkan kebanyakan bangunan termasuk puluhan mangsa yang dilaporkan terkorban.

Bagaimanapun, masjid bertingkat yang terletak di Simpang Bukik, Bukik Batabuah masih teguh berdiri tanpa kerosakan besar.

Masjid An-Nur terletak di tepi sebatang sungai itu berada dalam keadaan baik walaupun dihentam batu besar dan lahar sejuk yang mengalir dari Gunung Marapi.

BACA: Kerajaan Tiada Hubungan Dengan Sayap Ketenteraan Hamas – Fahmi Fadzil

Sementara itu, video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum terhadap apa yang terjadi.

“Kenapa masjid sentiasa terselamat daripada setiap bencana? Ini bukti kekuasaan Allah Maha Besar,” tulis seorang pengguna.

“Masya-Allah, seram sejuk tengok ini, Seperti Allah SWT mengingatkan kita semua dengan musibah yang ada bahawa yang masih diberikan kesempatan hidup. Jangan berhenti untuk beribadah,” komen seorang lagi pengguna.

“Allah Maha Besar. Sekeliling masjid rata dihanyut air tetapi surau masih kukuh,” tulis seorang lagi pengguna.

Sumber: Okezone

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: