Siakap Keli
lelaki ditahan rampas senjata
Gambar: Sinar Harian

Cuba Rampas Senjata Submesingan, Lelaki Ditahan Polis

Cuba Rampas Senjata Submesingan, Lelaki Ditahan Polis

GEORGE TOWN — Seorang lelaki ditahan pihak polis di Balai Dato’ Keramat pada pagi Ahad selepas cuba merampas senjata submesingan jenis HK MP5 milik seorang anggota di balai tersebut, lapor, Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berlaku pergelutan antara suspek, 35, dan anggota berkenaan susulan cuba menyerang dengan topi keledar dalam kejadian sekitar jam 4 pagi.

Tambahnya, suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol mengarahkan anggota berkenaan membuka pagar sejurus tiba di balai berkenaan sebelum mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, suspek enggan beredar dan meninggalkan kawasan balai selepas dinasihati dan diberikan amaran oleh anggota berkenaan.

“Suspek terus menghampiri anggota berkenaan dan cuba merampas senjata api yang disandang namun berjaya dihalang.

“Dia kemudiannya bertindak mengambil topi keledar dan cuba menyerang anggota bertugas hingga berlaku pergelutan semasa proses tangkapan,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau berkata suspek mempunyai empat rekod lampau termasuk dua atas kesalahan dadah selepas hasil semakan dibuat.

Sementara, lelaki itu bebas di bawah pengaruh dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga 22 Mei untuk siasatan lanjut

“Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” katanya.

Lelaki Serang Balai Polis

Terdahulu, dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, lapor BERNAMA.

BACA: Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh Individu Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

Difahamkan, jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dikebumikan di Kampung Poh, Bidor, Perak manakala Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, disemadikan di Kuantan, Pahang.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Dua Anggota Polis Maut Dalam Insiden Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?