Siakap Keli
polis maut ulu tiram serangan balai polis ulu tiram
Kredit Gambar: FB Balai Polis Ulu Tiram

Dua Anggota Polis Maut Dalam Insiden Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

Dua Anggota Polis Maut Dalam Insiden Serangan Di Balai Polis Ulu Tiram, Johor

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) — Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

Bagaimanapun, maklumat selanjutnya akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang dijangka tiba di lokasi pagi ini.

Jenazah dua anggota dan seorang yang maut serta anggota yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini, untuk bedah siasat dan rawatan

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin berkata suspek yang ditembak mati dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.

Kenyataan itu di berikan ketika ditemu bual oleh wartawan di depan Balai Polis Ulu Tiram sebentar tadi.

Selain itu, sebelum kejadian ada dua pelajar lelaki dan perempuan datang pada jam 2.30 pagi. Hanya untuk dapatkan pendapat kononnya dicabul pada 2 tahun lalu.

Tambah Razarudin lagi, polis akan siasat dua pelajar terbabit kerana menurut beliau jika datang ke balai pada 2.30 pagi hanya untuk dapatkan pendapat tentang kes cabul 2 tahun lepas adalah tidak logik.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Malaysia & Singapura Punca Indonesia Tidak Berdaya Maju Dalam Industri Semikonduktor – Airlangga

Sofea

There's always another side to every story