Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Polis Minta Saksi Kemalangan Maut Dua Penunggang Basikal Tampil

Dua Penunggang Basikal
Kredit: Bernama

KOTA BHARU, 5 Sept (Bernama) -- Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut melibatkan dua penunggang basikal dan sebuah kereta di Kilometer 16.5 Lebuhraya Rakyat di sini, semalam, tampil membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Supt Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata saksi kejadian boleh hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Muhammad Naqiyuddin Sharifuddin di talian 09-7752315.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada Gerakan Kota Bharu melalui Kaunter Aduan Trafik Kota Bharu pada 9.15 pagi semalam berhubung kemalangan melibatkan dua lelaki berusia 48 dan 49 tahun yang sedang menunggang basikal di lorong sebelah kiri dari arah Kota Bharu menghala ke Ketereh.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Kelisa dipandu lelaki berusia 22 tahun dari arah dan dipercayai berada di lorong yang sama merempuh bahagian belakang basikal mangsa. Kemalangan berlaku pada 9 pagi.

“Pemandu berkenaan dipercayai tidak nampak atau menyedari kehadiran kedua-dua penunggang basikal dan disebabkan jarak terlalu dekat dia tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dua penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dari arah belakang di lebuh raya berkenaan.

Intipati
  • Polis meminta saksi kemalangan maut di Lebuhraya Rakyat tampil membantu siasatan.
  • Kemalangan membabitkan dua penunggang basikal dan sebuah Perodua Kelisa berlaku kira-kira 9 pagi.
  • Pemandu kereta dipercayai tidak menyedari kehadiran mangsa sebelum merempuh basikal dari belakang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan