Siakap Keli
lelaki pijak al-quran
Sumber: Sinar Harian

Demi Nafi Tuduhan Curang, Lelaki Tergamak Pijak Al-Quran

Demi Nafi Tuduhan Curang, Lelaki Tergamak Pijak Al-Quran

Seorang lelaki di Indonesia telah melakukan satu tindakan biadap dengan bersumpah sambil memijak kitab suci al-Quran, dalam usahanya untuk menafikan tuduhan curang.

Kejadian ini melibatkan tertuduh yang dipercayai ketua pihak berkuasa Lapangan Terbang Wilayah X Merauke, yang kini menghadapi dakwaan menghina agama.

Laporan media tempatan melaporkan bahawa aduan telah dibuat kepada pihak polis terhadap tertuduh pada Rabu lepas, setelah rakaman video perbuatan biadapnya tersebar luas di media sosial.

Isteri tertuduh menjelaskan bahawa tindakan suaminya itu dilakukan dengan niat membuktikan kesetiaannya dan menolak dakwaan berhubung perselingkuhan dengan seorang doktor kecantikan.

“Hubungan terlarang itu sudah berlangsung selama setahun sejak Mei 2023. Suami saya tetap menafikan skandal tersebut, walaupun terdapat bukti gambar dan mesej dalam telefon,” katanya.

Menurut isteri tertuduh, peristiwa tertuduh memijak al-Quran berlaku pada bulan Ogos 2023. Dia turut menegaskan bahawa suaminya berada dalam keadaan sedar ketika kejadian, setelah menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

Dalam pada itu, difahamkan bahawa tertuduh turut dihadapkan dengan tuduhan lain apabila didakwa melakukan keganasan dalam rumah tangga.

Susulan itu, Direktorat Jeneral Pengangkutan Udara (Direktorat Jeneral Hubud) telah mengambil langkah tegas dan tertuduh digantung kerja sementara waktu.

BACA: Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas – KPN

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.