Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
nahas helikopter Presiden Iran Ebrahim Raisi
Sumber: Astro Awani
Tiada Kategori

Nasib Presiden Iran Ebrahim Raisi Terlibat Nahas Helikopter Masih Belum Diketahui

Hannah

Nasib Presiden Iran Ebrahim Raisi Terlibat Nahas Helikopter Masih Belum Diketahui

Nasib Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Hossein Amirabdollahian yang terlibat dalam nahas helikopter ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal masih belum diketahui.

Seorang pegawai menyatakan bahawa nyawa Raisi dan Amirabdollahian dalam bahaya akibat nahas tersebut, lapor Astro Awani.

Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.

Pegawai tersebut menambah, mereka menaruh harapan yang tinggi tetapi maklumat yang diterima dari lokasi nahas amat membimbangkan.

TV kerajaan melaporkan bahawa sekurang-kurangnya seorang penumpang dan seorang anak kapal telah berjaya menghubungi pasukan penyelamat.

Ia juga berkata, walaupun helikopter tersebut telah ditemui, pasukan Bulan Sabit Merah Iran menafikan laporan ini.

Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman yang menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Cuaca buruk telah menyukarkan usaha penyelamatan, menurut agensi berita negara IRNA.

Namun, maklumat dan lokasi SAR tersebut tidak dapat disahkan dengan tepat.

Orang ramai berkumpul mendoakan kesejahteraan Presiden Iran, negara jiran sedia tawar bantuan

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berusaha meyakinkan rakyat Iran bahawa urus tadbir negara tidak terjejas.

Orang ramai turut dilihat berkumpul di ibu negara Iran, Tehran, untuk bersama-sama melakukan solat hajat dan berdoa susulan nahas helikopter itu.

Rakyat Iran terus mendoakan keselamatan Raisi dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, media kerajaan melaporkan bahawa cuaca buruk menjadi punca nahas dan sekali gus merumitkan usaha penyelamatan.

Agensi berita negara IRNA melaporkan Raisi menggunakan helikopter Bell 212 buatan Amerika Syarikat (AS) dalam lawatan kerjanya itu.

Ketua kakitangan tentera Iran telah mengarahkan semua sumber tentera dan Pengawal Revolusi Elit digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat.

Penyiar nasional itu sebelum ini dilaporkan menghentikan semua rancangan tetapnya untuk menyiarkan bacaan doa.

Dalam pada itu, White House menyatakan bahawa Presiden AS Joe Biden telah diberi taklimat mengenai nahas tersebut.

Turki pula menawarkan dron, helikopter, kenderaan, dan pasukan penyelamat selepas menerima permintaan daripada pihak berkuasa Iran.

Malah, Kesatuan Eropah menawarkan teknologi pemetaan satelit kecemasan.

BACA: Operasi Mencari Helikopter Dinaiki Presiden Iran Sedang Berjalan

Sumber: Astro Awani