Siakap Keli
pengulas takraw terhibur

“Bola Tu Masuk, Kwenchana…Kwenchana,” Ulasan Terbaik, Pengulas Takraw Bikin Terhibur

“Bola Tu Masuk, Kwenchana…Kwenchana,” Ulasan Terbaik, Pengulas Takraw Bikin Terhibur

Malaysia telah mencipta kejutan apabila muncul juara berganda di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menundukkan musuh tradisi, Thailand dalam perlawanan akhir yang cukup mendebarkan pada Rabu.

Selain menjadi juara dalam acara double, Malaysia turut menjulang kejayaan menerusi acara beregu. Lebih manis, kemenangan itu diiringi oleh sokongan ribuan peminat sepak takraw yang memenuhi venue pertandingan.

Bikin terhibur, pengulas perlawanan sepak takraw ini mencuri perhatian rakyat Malaysia

Setiap kali mempunyai perlawanan sukan, pasti ada seorang pengulas sukan yang hebat boleh menyebabkan penonton terpaku depan televisyen tanpa jemu.

Mereka bukan ditugaskan hanya untuk memberi input berguna, malah mampu membakar semangat dan menghidupkan mood penonton atau pendengar sehingga masing-masing berasa seperti berada di tepi gelanggang.

Begitu juga dengan acara Piala Dunia Takraw semalam yang turut bersiaran secara langsung di Youtube Persatuan Sepak Takraw.

Pengulas siaran langsung itu ternyata amat bertenaga dan cukup bersemangat dalam memberikan ulasan sehingga dapat menangkap perhatian warga maya.

Ulasan berapi yang sekali sekala diselitkan dengan pelbagai frasa menarik cukup menghiburkan para penonton.

Malah, ada juga warga maya yang menyunting kembali video siaran langsung berkenaan dan kemudian memuat naik ke akaun media sosial masing-masing.

Antara ucapan-ucapan pengulas tersebut yang menjadi tular adalah seperti berikut:

“Kasut Vans nak main skate pun boleh.”

“Blocking macam palang tol balik raya.”

“It’s ok. Bola tu masuk. Kwenchana. Kwenchana.”

“Servis dia jarang batal. Saya kenal dia, selalu ambil air wudhuk pon jarang batal.”

“Kereta kebal Thailand dah rosak.”

“Noraizat, keluarkan servis berapi mu.”

Ada banyak lagi ucapan-ucapan beliau menjadi tular. Malah, ada satu masa pengulas berkenaan turut sempat menggunakan loghat utara dalam ulasannya.

Anda boleh dengar sendiri menerusi video-video yang kami kongsikan dibawah.

BACA: Polis Buru Dua Suspek Pecah Rumah, Larikan Motosikal Pemain Selangor FC

BACA: Mekanik Dedah Ini Tiga Waktu Sesuai Untuk Isi Angin Tayar

Sumber: Facebook, Youtube

Athirah

When nothing goes right, go left.