Siakap Keli

LG Malaysia Memperkenalkan LG ARTCOOL : Penyelesaian Penyejukan Generasi Baharu

LG Malaysia Memperkenalkan LG ARTCOOLTM : Penyelesaian Penyejukan Generasi Baharu

KUALA LUMPUR, 21 MEI 2024 – LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG Malaysia) dengan bangganya memperkenalkan kemuncak inovasi teknologi penyejukan, LG ARTCOOL, keluaran terbaharu daripada siri Artcool yang kini boleh didapati di seluruh negara. Sejajar dengan komitmen LG untuk menyampaikan pengalaman “Life’s Good”, LG ARTCOOL bersedia untuk menetapkan standard baharu untuk keselesaan dan keanggunan kediaman.

LG ARTCOOL yang terbaharu ini menyepadukan teknologi penyejukan yang termaju dengan reka bentuk minimalis yang anggun untuk menyampaikan keselesaan optimum tanpa menjejaskan nilai estetika. Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, menekankan fokus produk ini pada teknologi dan reka bentuk dengan menyatakan, “LG ARTCOOL yang serba baharu ini membuktikan komitmen kami untuk menyediakan ciptaan yang premium dan revolusioner untuk meningkatkan kehidupan pengguna LG.

lg malaysia

Kami percaya bahawa pengenalan baharu ini akan menambah baik kehidupan seharian dan kecekapan ruang demi keselesaan optimum walaupun dalam negara kita yang bercuaca panas dan lembap.”

LG ARTCOOL menampilkan pelbagai teknologi inovatif yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Reka bentuk anggun dan bergaya yang tersedia dalam kemasan cermin dan hijau menambahkan sentuhan elegan dan moden pada mana-mana ruang yang pasti meningkatkan lagi gaya dan suasana kediaman atau pejabat. 

lg malaysia

Dilengkapi dengan Plasmaster Ionizer++, LG ARTCOOLTM dapat menapis habuk  dan menghapuskan 99.9% bakteria dengan berkesan untuk memastikan kualiti udara kekal bersih dan sihat. Dual Inverter Compressor yang tersedia memberikan kecekapan tenaga yang luar biasa untuk mengurangkan penggunaan elektrik tanpa menjejaskan fungsi penyejukan.

Di samping itu, penyepaduan LG ARTCOOL dengan aplikasi ThinQ membolehkan pengguna memantau dan mengawal tetapan penghawa dingin dari mana-mana sahaja. Fungsi ini menambahkan lagi kemudahan dan fleksibiliti kepada kehidupan seharian setiap pengguna.

lg malaysia

“Di LG Malaysia, kami percaya “Life’s Good” adalah apabila anda dikelilingi oleh keselesaan, kecekapan, dan gaya yang unggul. Rakyat Malaysia tidak seharusnya perlu memilih antara kefungsian termaju dan nilai estetika. Oleh itu, kami kekal komited untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan penyelesaian yang menyeluruh melalui produk LG.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini untuk LG ARTCOOL, sila layari laman web rasmi LG Malaysia, https://www.lg.com/my/home-air-conditioners atau ikuti halaman rasmi Facebook LG Malaysia di  https://www.facebook.com/LGMalaysia.

Nurul Naqiyah