Siakap Keli
Pelajar IPTS Maut
Kredit: Bernama

Pelajar IPTS Ditemui Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 21 Sebuah Hotel

Pelajar IPTS Ditemui Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 21 Sebuah Hotel

Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 21, lapor Sinar Harian.

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah hotel di Tanjung Bungah, dekat sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd, pelajar perempuan berusia 24 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.

Pelajar IPTS ditemui maut, dipercayai jatuh dari tingkat 21 hotel di Pulau Pinang

Tambahnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung punca kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.35 petang.

“Mangsa dikatakan baru mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya yang berusia 24 tahun pada semalam.

“Dia bagaimanapun ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dengan berlumuran darah di tingkat bawah hotel berkenaan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Punca kejadian berkenaan masih disiasat oleh polis

Ujar Hamzah, siasatan awal mendapati teman lelaki mangsa hanya menyedari kejadian terbabit selepas ternampak orang awam mengerumuni mangsa di tingkat bawah hotel tersebut.

“Kita sedang menyiasat teman lelaki mangsa yang bekerja sendiri untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR),” jelasnya lagi.

BACA: Polis Buru Dua Suspek Pecah Rumah, Larikan Motosikal Pemain Selangor FC

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.