Siakap Keli

BLACKMORES Menerajui Kesejahteraan Penglihatan Melalui Penyelesaian Semula Jadi

BLACKMORES Menerajui Kesejahteraan Penglihatan Melalui Penyelesaian Semula Jadi

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2024 – Dalam era yang dikuasai oleh skrin digital, BLACKMORES, sebuah syarikat global terkemuka dalam penjagaan kesihatan semula jadi, menggiatkan usaha untuk menggalakkan kesihatan penglihatan dengan menawarkan penyelesaian semula jadi untuk menangani kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesihatan mata. Dengan komitmen terhadap bahan semula jadi dan fokus kepada kesejahteraan holistik, BLACKMORES menetapkan standard baru dalam penjagaan kesihatan mata digital.

Penggunaan peranti digital secara meluas telah menyebabkan peningkatan masalah kesihatan mata pengguna dari semua peringkat umur. Dari pelajar hingga pekerja profesional dan penggemar media sosial, waktu skrin yang berpanjangan sekarang sinonim dengan simptom-simptom ketegangan mata, termasuk keletihan dan ketidakselesaan mata.

Menyedari keperluan yang mendesak ini, BLACKMORES yang berpaksikan prinsip naturopati, menekankan pencegahan dan penyelesaian semula jadi untuk menangani cabaran-cabaran zaman moden ini.

“Di BLACKMORES, kami percaya pada kepentingan kesejahteraan yang holistik. Misi kami adalah untuk memperkasakan orang ramai untuk mengutamakan kesihatan mata sebagai komponen yang penting dalam kesejahteraan keseluruhan mereka.

blackmores

Melalui usaha penyelidikan dan advokasi berterusan, kami berazam untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mata dan menggalakkan perubahan gaya hidup positif yang memberi manfaat kepada kesihatan mata jangka panjang, sambil menyampaikan penyelesaian yang telah terbukti secara saintifik yang baik untuk tubuh,” kata Kumaran Chandrasergaran, Pengurus Negara BLACKMORES Malaysia dan Singapura.

Adalah penting bagi seseorang individu untuk memberi tumpuan kepada pencegahan berbanding bergantung sepenuhnya kepada rawatan dalam menjaga mata mereka. Selain berhenti secara berkala untuk merehatkan mata dan melaraskan kecerahan skrin untuk mengelakkan silau, menggabungkan suplemen mata ke dalam regimen harian seseorang sebagai salah satu langkah pencegahan yang sering diabaikan, juga dapat memberikan sokongan penting dalam menangani kesan pendedahan skrin yang berpanjangan.

Pemilihan suplemen yang betul untuk mata bukan hanya dapat menawarkan perlindungan semula jadi dan mencegah keletihan mata, tetapi juga mengurangkan keperluan untuk penjagaan mata yang ekstensif. Dalam formulasi suplemen mata yang efektif terdapat dua bahan utama, iaitu Lutein dan Zeaxanthin.

blackmores

Nutrien-nutrien ini yang berasal dari pelbagai sumber termasuk sumber semula jadi seperti bunga Marigold, berfungsi sebagai antioksidan yang kuat untuk melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas dan memainkan peranan penting dalam penapisan cahaya biru.

Selain itu, kajian telah menunjukkan bahawa pengekalan nisbah optimum antara Lutein dan Zeaxanthin adalah penting untuk memaksimumkan manfaat mereka. Oleh itu, mencapai nisbah tepat 5:1 (10 mg:2 mg) adalah penting untuk memastikan penyerapan dan keberkesanan yang optimum.

Khususnya dengan pendedahan skrin yang berpanjangan, gabungan ini mengurangkan gejala keletihan mata dengan mengurangkan silau, meningkatkan kontras, dan mengekalkan kesihatan sel.

Dengan memanfaatkan faedah Lutein (10 mg) dan Zeaxanthin (2 mg), individu dapat mencapai penglihatan yang lebih jelas dan melambatkan peningkatan masalah mata berkaitan usia, menggalakkan fungsi mata yang sihat secara holistik.

Selain daripada formulasi yang efektif, individu yang kerap menggunakan peranti digital digalakkan mencari suplemen kesihatan mata yang mengandungi karotenoid semula jadi harian bagi melindungi mata dari tekanan digital. Pemilihan dos yang mudah; contohnya satu kali sehari, juga akan memastikan integrasi yang lancar ke dalam rutin harian pengguna dengan suplemen tersebut, menggalakkan penjagaan mata yang konsisten.

blackmores

Seiring dengan peningkatan kebergantungan kepada teknologi digital, BLACKMORES terus berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan penyelesaian semula jadi dalam kesihatan mata digital, memperkasakan orang ramai untuk mengharungi dunia digital dengan kejelasan dan keyakinan sambil memupuk kehidupan yang lebih sihat.

Dengan lebih 90 tahun kepakaran dan juga sebagai penerima Anugerah Jenama Dipercayai Malaysia yang berprestasi untuk kali kesepuluh tahun ini, BLACKMORES sentiasa berusaha untuk menyampaikan suplemen berkualiti tinggi. Jenama ini mencapai ini dengan mendapatkan bahan-bahan yang paling boleh dipercayai dan menawarkan produk-produk yang sesuai untuk pelbagai keperluan diet, seperti pilihan halal dan vegan untuk memenuhi pelbagai keperluan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk penjagaan kesihatan semula jadi BLACKMORES, pelanggan boleh mengunjungi blackmores.com.my.

Nurul Naqiyah