Siakap Keli
kobasu anjing dogecoin mati
Gambar: Kobasu

Kobasu, Anjing Terkenal Dengan “Dogecoin Meme” Dilapor Mati

Kobasu, Anjing Terkenal Dengan “Dogecoin Meme” Dilapor Mati

Seekor anjing yang menjadi terkenal selepas gambarnya dijadikan meme dilapor telah mati, hari ini.

Berita kematian anjing baka Shiba Inu bernama Kobasu itu dimaklumkan oleh pemiliknya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di blog khas anjing berkenaan.

Dalam hantaran tersebut, pemiliknya memberitahu bahawa Kobasu kini ‘tidur dalam keadaan yang sangat lena’ dan ‘mati dalam keadaan tenang’.

“Kobasu adalah anjing paling bahagia di dunia dan saya tuannya merupakan manusia paling bahagia di dunia. Kobasu ketika ini seolah-olah masih tersenyum dan menggoyang-goyangkan ekornya,” kata pemilik anjing tersebut.

Dalam pada itu, pemilik Kobasu, Atsuko dijadualkan akan mengadakan majlis perpisahan untuk anjing tersebut pada 26 Mei ini di Kotsu no Mori, Bandar Narita.

Difahamkan, Kobasu mula menjadi viral sejak 2013 dan kesihatannya pernah dilaporkan merosot sebelum ini.

Kobasu, anjing terkenal dengan Dogecoin meme dilapor mati

Menurut LADBible, kematian anjing berusia lebih 17 tahun yang menginspirasikan kemunculan matawang kripto Dogecoin itu ternyata mengejutkan banyak pihak.

Malah, Kobasu juga muncul antara tanda pagar yang menjadi trending di platform X ketika ini.

Akaun rasmi Dogecoin juga turut memuat naik satu hantaran di platform tersebut sebagai tribut kepada Kobasu.

“Hari ini Kobasu, iaitu rakan komuniti yang memberikan inspirasi, dilapor pergi dengan aman dalam pelukan tuannya.

“Impak yang ditinggalkan oleh anjing ini kepada seluruh dunia tidak dapat dibayangkan. Kobasu adalah makhluk yang cuma tahu tentang kebahagiaan dan cinta tanpa batasan.

“Sematkan Kobasu dalam hati dan jiwa anda semua. Kita semua amat bertuah kerana pernah bertemu dengan Kobasu,” kata hantaran tersebut.

Hantaran tersebut ternyata berjaya menyentuh hati banyak pihak, terutamanya pengikut akaun berkenaan.

Rata-rata turut merasa sedih dengan pemergian Kobasu. Pada masa yang sama, mereka turut berterima kasih kepada anjing tersebut kerana pernah membahagiakan mereka.

Terdahulu, anjing daripada baka yang sama dan terkenal menerusi meme ‘Boink’, turut dilaporkan mati pada Ogos tahun lepas.

Berita kematian anjing bernama Ball Ball dimaklumkan sendiri oleh pemiliknya dalam satu hantaran di Instagram yang kemudian menjadi tular di media sosial.

BACA: Tauke Kedai Kereta Terpakai Baik Hati, Hadiahkan Keluarga Adik Aariz Proton Persona

Sumber: LADBible

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.