Siakap Keli
polis buru suspek ragut ibu
Gambar: Polis Daerah Seremban

Polis Buru Suspek Ragut Ibu Sedang Tunggang Motosikal Bawa Dua Anak

Polis Buru Suspek Ragut Ibu Sedang Tunggang Motosikal Bawa Dua Anak

Satu kejadian ragut ke atas seorang wanita yang sedang menunggang motosikal bersama dua anaknya dilapor berlaku di Taman Bandar Senawang, Seremban di Negeri Sembilan, semalam.

Kejadian ragut berkenaan turut berjaya dirakam oleh kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) dan menjadi tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, suspek yang menunggang motosikal meragut gelang emas wanita berkenaan sebelum melarikan diri.

Ragut ibu sedang motosikal bawa dua anak, polis buru suspek peragut

Hasil siasatan yang dibuat, pihaknya mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 23 Mei.

“Pengadu, seorang wanita berumur 33 tahun bersama dua orang anak (ketika kejadian) sedang menaiki motosikal di simpang Jalan Dareca 2 Taman Bandar Senawang.

“Tiba-tiba datang seorang suspek menaiki sebuah motosikal jenis 125Z warna biru telah meragut gelang tangan emas milik pengadu, kemudian melarikan diri,” katanya.

Menurut Mohamad Hatta, mangsa tidak mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.

“Usaha untuk mengesan suspek masih diteruskan. Kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat tentang kejadian ini diminta tampil untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Faizal Bin Mohd Zaini di talian 013-3611854 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.

BACA: Waris Layak Mohon “Roadtax” Percuma Kalau Anak Ada Kad OKU, Ini Syarat & Caranya

BACA: Ini Kaedah Yang Lebih Cepat Nak “Check” Keputusan SPM 2023

Sumber: Polis Daerah Seremban

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.