Astro & RTM Bergabung, Tayang Saluran Khas Untuk Palestin Selama 24 Jam
Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan kerjasama menyediakan satu saluran khas yang memberi fokus kepada isu semasa di Palestin.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh kedua-dua stesen berita berkenaan melalui hantaran yang dimuat naik di media sosial masing-masing.
Saluran dikenali sebagai #Malaysia4Palestine itu akan bersiaran selama 24 jam pada hari ini dan akan menyampaikan pelbagai informasi, wawancara serta dokumentari berkenaan isu-isu semasa di negara Timur Tengah itu.
Astro & RTM bergabung, tayang saluran khas fokus tentang isu di Palestin
Menurut hantaran yang dimuat naik Astro Awani dan RTM, beberapa selebriti dan personaliti terkenal tanah air turut bergabung tenaga untuk tampil di saluran tersebut.
Antaranya adalah Dato’ M. Nasir, Alif Satar, Sepahtu Reunion, Anna Jobling dan Mira Filzah. Selain itu, turut tampil adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Lisa Surihani, Dr. Soo, Denes Kumar dan ramai lagi.
Bukan itu sahaja, malah saluran #Malaysia4Palestine akan turut mengumpul dana untuk Palestin melalui Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Dalam pada itu, RTM memaklumkan saluran berkenaan akan ditayangkan di RTM Klik dan orang ramai boleh mengikuti #Malaysia4Palestine di laman web berkenaan.
BACA: ICJ Arah Israel Hentikan Operasi Ketenteraan Di Rafah Dengan Kadar Segera
BACA: Penting Untuk Warga Palestin, Ini Yang Anda Kena Tahu Tentang Sempadan Rafah
Sumber: Astro Awani, RTM Klik