Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lelaki gagal selamat keluarga kebakaran
Kredit: Bernama

Kebakaran: Lelaki Cuba Masuk Tiga Kali Ke Rumah Kedai, Gagal Selamat Ahli Keluarga

Sofea

Kebakaran: Lelaki Cuba Masuk Tiga Kali Ke Rumah Kedai, Gagal Selamat Ahli Keluarga

BALIK PULAU, 25 Mei (Bernama) — Pilu hati seorang lelaki apabila terpaksa menerima hakikat kehilangan ibu dan dua adik-beradiknya serentak dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini pagi tadi.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Rashid, 30, berkata dia cuba masuk tiga kali ke premis itu bagi menyelamatkan ibunya Nurul Bowjiya, 58, abangnya Muhamad Ibrahim, 33, dan adik perempuannya Rahbiah Jasmin, 20, namun gagal kerana api marak dengan cepat.

Rashid berkata ketika kejadian mereka tiga beradik sedang tidur di tingkat atas manakala ibunya berada di tingkat bawah.

BACA JUGA: Faisal Halim Dibenar Keluar Hospital, Proses Rawatan Dan Pemulihan Masuk Fasa Baharu

“Ibu menjerit selepas menyedari terdapat asap di bahagian depan rumah kedai sebelum saya dan abang terus bergegas turun untuk menyelamatkan diri.

“Ibu cuba ambil air untuk padamkan api dan ketika itu ibu sedar bahawa adik perempuan (Rahbiah) masih berada di tingkat atas sebelum dia naik semula (tingkat atas) diikuti abang saya, ketika itu saya sudah berada di luar rumah kedai,” katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Balik Pulau di sini hari ini.

Rashid yang tinggal sebatang kara berkata dia kehilangan kata-kata apabila dimaklumkan ketiga-tiga beranak itu terperangkap dan meninggal dunia dalam kejadian itu.

“Mereka ikut jalan yang salah untuk keluar iaitu pintu hadapan kerana api sedang marak, kalau ikut pintu belakang mungkin mereka sempat selamatkan diri,” katanya.

Menurut Rashid rumah kedai berkenaan adalah warisan daripada datuknya dan keluarga mereka menjalankan perniagaan peralatan rumah seperti tikar serta permaidani di situ sejak lebih 20 tahun lepas.

Terdahulu, dalam kebakaran kira-kira 7 pagi itu seorang ibu dan dua anaknya maut manakala seorang lagi terselamat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 7.02 pagi sebelum sepasukan polis terus ke lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau Mohd Faris Mansor pula berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.06 pagi dan terus ke lokasi bersama dua jentera dengan dibantu pasukan dari BBP Balik Pulau.

Sumber: BERNAMA