Siakap Keli
ribut landa kl pokok tumbang di um
Gambar: Media Sosial

Ribut Landa KL, Pokok Tumbang Di UM & Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Angin

Ribut Landa KL, Pokok Tumbang Di UM & Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Angin

Ribut dan hujan lebat telah melanda Kuala Lumpur petang tadi sehingga menyebabkan beberapa kawasan terjejas

Menerusi video yang tular di media sosial, bumbung rumah di Pangsapuri Putra Ria di Bangsar dilihat telah tercabut akibat diterbangkan angin kuat.

Video itu juga menyaksikan bumbung tersebut terjatuh ke atas kereta penghuni yang diletakkan di kawasan parkir.

https://www.facebook.com/reel/1499433510987763

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan di situ tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, kejadian pokok tumbang juga turut berlaku di kolej penginapan Universiti Malaya (UM).

BACA: Kebakaran: Lelaki Cuba Masuk Tiga Kali Ke Rumah Kedai, Gagal Selamat Ahli Keluarga

Dalam satu video yang dimuat naik pengguna laman X @AlifMuamin, dapat dilihat ketika kejadian pokok tumbang itu berlaku. Bahkan ada kenderaan yang dihempap oleh pokok tumbang terbabit.

https://x.com/AlifMuamin/status/1794325362471797222

Menurut laporan Sinar Harian, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut bermula kira-kira jam 6.20 petang.

“Lokasi pertama ialah Lot 5746, Jalan Klang Lama melibatkan pokok tumbang yang menghempap empat buah lori tiga tan.

“Kolej kediaman di UM juga dilaporkan pokok tumbang yang menghempap tiang elektrik hingga menghalang laluan utama,” katanya.

Tambahnya lagi, sebuah Apartment Trellises dan Jalan Long Yew Koh di Taman Tun Dr Ismail juga terkesan dengan pokok tumbang tersebut. Ia turut menghalang laluan utama.

“Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Difahamkan, tiada mangsa yang terlibat dalam semua kejadian tersebut.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga 9 malam ini.

Antara yang terjejas adalah di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Selangor.

BACA JUGA: Faisal Halim Dibenar Keluar Hospital, Proses Rawatan Dan Pemulihan Masuk Fasa Baharu

Sumber: @AlifMuamin, Sinar Harian

Sofea

There's always another side to every story