Siakap Keli
robot selesaikan kiub rubik
Gambar: GWR

Robot Selesaikan Kiub Rubik Dalam Masa 0.305 Saat, Tak Sempat Nak Kelip Mata

Robot Selesaikan Kiub Rubik Dalam Masa 0.305 Saat, Tak Sempat Nak Kelip Mata

Pemainan kiub rubik adalah salah satu permainan mencabar minda yang sangat digemari oleh manusia. Tanpa teknik yang betul dan latihan yang mencukupi, kiub rubik boleh menjadi sangat sukar untuk diselesaikan.

Kiub rubik 3x3x3 adalah berbentuk empat segi dengan enam sisi. Setiap sisi mengandungi sembilan kotak kecil yang boleh digerak dan diputarkan.

Pada setiap sisi juga mengandungi warna yang tersendiri terdiri daripada putih, biru, oren, hijau, merah dan kuning. Bagi menyempurnakan permainan rubik, anda perlu menyusun semua setiap warna ini pada satu sisi semula selepas dicampur adukkan.

Bunyinya memang mudah, namun tidak semua mempunyai masa untuk belajar teknik yang betul dan ada kesabaran untuk menyelsaikan permainan ini.

Tak sempat berkelip, robot selesaikan kiub rubik dalam masa bawah 0.305 saat

Begitupun, di peringkat dunia sebenarnya ada pertandingan untuk mencari siapakah individu yang paling pantas dapat menyelesaikan kiub rubik.

Malah, masa yang dicatatkan jika memenuhi syarat, akan disahkan sebagai rekod dunia oleh Rekod Dunia Guinness (GWR).

Setakat ini, rekod berkenaan dipegang oleh seorang pemuda daripada Amerika Syarikat bernama Max Park. Berdasarkan maklumat pada laman web GWR, rekod berkenaan dicatatkan oleh Max pada 2023 dengan masa 3.13 saat.

Robot cipta rekod lagi pantas

Begitupun, rekod yang diciptakan oleh Max itu jauh ketinggalan berbanding masa terpantas yang direkodkan oleh robot yang dibangunkan oleh jurutera di Mitsubishi Electric Corp ini.

Pada 23 Mei lepas, robot yang dibangunkan mereka berjaya menyelesaikan kiub rubik dalam masa di bawah 1 saat iaitu hanya 0.305 saat sahaja.

Bahkan kelajuan robot berkenaan sangat pantas sehinggakan jika berkelip mata, anda mungkin terlepas untuk melihat rekod tersebut dicipta.

Buat pengetahuan ada semua, rekod rubik yang diselesaikan oleh robot pertama kali dicatatkan pada 2009. Ketika itu, robot memerlukan masa selama 1 minit 4 saat.

Bagaimanapun, masa yang dicatatkan semakin berkurangan dari tahun ke tahun sehinggalah pada 2016, robot buat pertama kali berjaya mencatatkan masa di bawah 1 saat.

Manakala rekod yang dicatatkan oleh Mitsubishi Electric Corp adalah 0.07 saat lebih pantas daripada rekod sebelumnya.

@guinnessworldrecords

Fastest robot to solve a rotating puzzle cube ⏱️ 0.305 seconds by Component Production Engineering Center, Mitsubishi Electric Corporation 🇯🇵 #speedcubing #guinnessworldrecords #mitsubishi

♬ original sound – Guinness World Records

BACA: Kajian Penyelidik Temui Mikroplastik Dalam Testikel Manusia

Sumber: GWR

Athirah

When nothing goes right, go left.