Siakap Keli
Faisal Halim lokasi rahsia
Gambar: BERNAMA

Faisal Halim Jalani Proses Pemulihan Di Lokasi Rahsia

Faisal Halim Jalani Proses Pemulihan Di Lokasi Rahsia

KUALA LUMPUR — Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim kini disembunyikan di satu lokasi rahsia untuk menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan melecur tahap empat akibat disimbah asid, lapor Astro Awani.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar selepas mempertimbangkan keselamatan Faisal.

“Jadi buat masa ini di buat recovery (pemulihan) bukan di rumah, di tempat yang kelab telah tetapkan atas faktor keselamatan. Jadi kalau ada apa-apa sidang media, kemudianlah.

“Beri masa agar bila Faisal Halim sudah betul-betul bersedia (buat penampilan). Tetapi ini akan mengambil masa yang lama sedikitlah. Dia tengah go through dia punya recovery period dia sekarang,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh Astro Awani.

Tiga minggu selepas tragedi serangan asid pada 5 Mei lalu, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey dibenarkan oleh pasukan perubatan untuk keluar dari hospital pada Sabtu lalu.

Tambah Shahril, pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun perlu berulang alik ke hospital untuk proses rawatan susulan termasuk urusan cuci luka dan sebagainya.

BACA: Tayar ‘Haus’, Lelaki Kongsi Cara Kenal Pasti Punca Sebelum Tukar Tayar Baharu

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh  Selangor FC memaklumkan Faisal telah menjalani empat pembedahan untuk merawat kecederaan lecuran tahap empat.

Hasil pembedahan juga menunjukkan perkembangan positif, dengan doktor pakar yang bertugas memaklumkan pemulihan Faisal daripada kecederaan serius itu amat luar biasa.

Pemulihan pemain tersebut juga melangkaui jangkaan semua pihak berdasarkan pemerhatian.

Faisal Halim disimbah asid

Pada 5 Mei lalu, Faisal Halim menjadi mangsa dalam serangan simbah asid dalam satu kejadian di Damansara.

Menurut Stadium Astro, Faisal  telah dikejarkan ke Hospital Thomson bagi mendapatkan rawatan segera.

Akibat kejadian, bintang Selangor itu mengalami cedera di bahagian badan, tangan dan muka manakala baju yang dipakai juga koyak rabak akibat terkena simbahan cecair itu.

Sumber: Astro Awani

BACA: Ini Kaedah Yang Lebih Cepat Nak “Check” Keputusan SPM 2023

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?