Siakap Keli
Met Malaysia Siren Amaran Tsunami
Gambar: BERNAMA

Ujian Siren Amaran Tsunami Di Tiga Lokasi Pulau Pinang Esok – MET Malaysia

Ujian Siren Amaran Tsunami Di Tiga Lokasi Pulau Pinang Esok – MET Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pihaknya akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di tiga lokasi di Pulau Pinang pada 28 Mei 2024 (esok).

Perkara itu dimaklumkan oleh MET Malaysia dalam satu hantaran di platform X.

Tiga lokasi yang terlibat adalah kawasan tempat letak kereta Dewan Sri Pinang pada jam 10 pagi, kawasan Medan Makan Persiaran Gurney pada pukul 11.30 pagi dan Balai Polis Tanjung Tokong pada jam 2.30 petang.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja,” jelas jabatan itu.

BACA: Pesawat Terbang Rendah, TUDM Laksana Latihan Bermula Hari Ini Hingga 2 Jun

Dalam pada itu, Met Malaysia juga akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan berhubung ujian berkenaan.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?