Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
cara switch akaun mae maybank
Kredit: Maybank2u
Tiada Kategori

Cara “Switch” Akaun Peribadi Ke Enterprise Aplikasi MAE Maybank Dalam Satu Peranti

Athirah

Cara “Switch” Akaun Peribadi Ke Enterprise Aplikasi MAE Maybank Dalam Satu Peranti

Seiring dengan perkembangan teknologi dan perubahan zaman, kehidupan manusia terus dipermudahkan dengan kewujudan internet.

Dengan semuanya kini di hujung jari sahaja, pelbagai perkhidmatan berkaunter yang ada ditawarkan sudah boleh diakses hanya melalui telefon bimbit sahaja.

Jika dahulu kita perlu pergi ke cawangan bank untuk memeriksa baki akaun, membuat pemindahan dan sebagainya, kini semua boleh diselesaikan dalam satu aplikasi perbankan mudah alih sahaja.

Selain untuk kegunaan peribadi, aplikasi perbankan mudah alih turut menyenangkan para peniaga yang mempunyai satu akaun khusus untuk perniagaan.

Tak perlu dua tiga peranti, cara nak switch antara akaun peribadi & enterprise dalam MAE Maybank

Terbaharu, aplikasi MAE Maybank kini dilengkapi dengan ciri di mana anda boleh bertukar akses ke akaun perniagaan/ enterprise dari akaun peribadi dalam peranti yang sama.

Oleh itu, hari ini Siakap Keli ingin menunjukkan cara bagaimana mengakses akaun peribadi dan perniagaan pada peranti tunggal melalui aplikasi MAE Maybank.

Cara tukar antara akses individu dan perniagaan tunggal di aplikasi MAE

Untuk mendapatkan ciri ini, pengguna perlu mengemas kini aplikasi MAE ke versi 0.9.25 yang tersedia di Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery.

Menurut portal maybank2u.com.my, pemautan berbilang akses membolehkan para pengguna bertukar dengan lancar antara akaun M2U perniagaan tunggal dan akaun M2U individu tanpa perlu berpindah peranti, sekaligus memudahkan pengurusan akaun yang berbeza.

Pertama sekali, buka aplikasi MAE. Kemudian ikut arahan di bawah.

  • Settings > Switch

  • Settings > Maybank2u > Manage M2U Access

  • Accounts > Tekan ‘…’ di bahagian kanan atas skrin > Link or Switch M2U Access

Setelah itu, tekan butang ‘Link M2U access’ dan ikut arahan pada skrin, tekan ‘Done’.

Bagaimana hendak menyahpaut akses tersebut

Anda perlu membuka aplikasi MAE.

  • Settings > Switch

  • Settings > Maybank2u > Manage M2U Access

  • Accounts > Tekan ‘…’ di bahagian kanan atas skrin > Link or Switch M2U Access

Seterusnya, tekan tiga titik di bahagian kanan atas skrin dan pilih akses M2U yang pengguna ingin nyahpaut, kemudian tekan ‘x’.

Langkah seterusnya pengguna perlu tekan ‘Sahkan’ dan telah berjaya menyahpaut akses yang diingini.

Berapa banyak akses Perniagaan Tunggal dan akses Individu yang boleh dipautkan dalam aplikasi MAE

Menurut portal maybank2u.com.my lagi, sebanyak sehingga lima akses M2U boleh dipautkan pada peranti yang sama.

Bagaimanapun, pengguna perlu mengaktifkan semula Secure2u melalui ATM dan melalui tempoh bertenang minimum 12 jam bagi setiap akses baharu yang ditambah. Namun begitu, pengaktifan ini dilakukan sekali sahaja untuk kali pertama.

Selain itu, para pengguna disyorkan untuk memautkan semua akses anda dan membuat pendaftaran Secure2u untuk semua akaun pada masa yang sama. Hal ini kerana ia akan mengurangkan masa menunggu untuk kelulusan Secure2u.

Para pengguna boleh melayari laman sesawang yang disediakan untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, maybank2u.com.my.

BACA: Pasangan Tular Bawa Bayi Lelaki Naik Motosikal Sah Bergelar Suami Isteri

Sumber: Maybank2u