Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Penjawat awam 59 tahun SPM 2023
Sumber: Sinar Harian

Penjawat Awam Usia 59 Tahun Duduki SPM 2023, Peroleh B+ Subjek Sains

Hannah

Penjawat Awam Usia 59 Tahun Duduki SPM 2023, Peroleh B+ Subjek Sains

Keinginan untuk mengulangi nostalgia dan merasai semula debaran memasuki dewan peperiksaan mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menjadi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Hamidan Yahaya, 59, yang memperoleh B+ bagi subjek Sains berkata, beliau ingin mencabar diri dengan mempelajari subjek yang didaftarkan secara sendiri, tanpa bimbingan guru.

Menurut Hamidan, kali pertama beliau menduduki SPM adalah kira-kira 42 tahun lalu dan hanya mendapat pangkat tiga.

“Kemudian tahun 2022, saya ambil subjek Matematik, Alhamdulillah dapat A, dan kali ini saya ambil subjek Sains pula.

“Insya-ALLAH, bulan Jun nanti saya akan mendaftar subjek Pendidikan Islam pula bagi SPM tahun 2024,” katanya.

Katanya, sepanjang dua kali menduduki semula peperiksaan SPM, beliau hanya belajar sendiri tanpa bimbingan guru atau panduan daripada media sosial.

“Saya hanya belajar melalui buku, buat latihan kemudian tengok jawapan di belakang, saya tak ada cikgu, tak ada tuisyen tak tengok Google atau TikTok sebab saya pun guna telefon bimbit biasa sahaja,” katanya ketika ditemui di Chuping, Padang Besar pada Selasa.

BACA: Pasangan Tular Bawa Bayi Lelaki Naik Motosikal Sah Bergelar Suami Isteri

Hamidan yang bertugas sebagai pemandu awam Kementerian Pertahanan di Rejimen 504, Kem Bukit Keteri berkata, beliau turut mendapat sokongan daripada keluarga termasuk anak-anak dan isteri.

“Saya tak pernah menyesal ambil semula SPM walaupun kena belajar sendiri dan keputusan saya pun ada A ada B.

“Malah saya bercadang untuk ambil semua subjek SPM termasuk Geografi dan Sejarah, Matematik pun saya nak ulang semula sebab soalan setiap tahun tidak sama,” katanya.

Mengimbau kembali saat menduduki peperiksaan tahun lalu, bapa kepada lima anak itu berkata, ramai yang menyangka beliau datang ke sekolah untuk menghantar anaknya.

“Sampai di hadapan pagar sekolah (Sekolah Menengah Agama Arau) pengawal keselamatan tanya saya, pak cik mai (datang) buat apa? Bila saya tunjuk slip menduduki peperiksaan, pengawal itu terkejut.

“Kiranya pada hari itu saya jadi tumpuan kerana mereka ingat waris yang hadir sampai ke dewan peperiksaan,” ujarnya.

Hamidan yang berkhidmat di kem tersebut sejak tahun 2000 berkata, beliau berharap kisahnya mengambil semula SPM dapat menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana.

“Saya dengar ada lebih 10,000 pelajar tidak menduduki SPM pada 2023, sepatutnya ambil la peluang ini sebab usia muda adalah untuk belajar.

“Jangan banyak buang masa dan lalai, dan jangan pernah takut dengan kegagalan lepas,” katanya.

BACA JUGA: Cara “Switch” Akaun Peribadi Ke Enterprise Aplikasi MAE Maybank Dalam Satu Peranti

Sumber: Sinar Harian