Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rakan Sekelas Simbah Petrol & Terbakar, Budak Meninggal Dunia Selepas Menderita Melecur Teruk
Seorang murid Kelas Empat Sekolah Dasar (SD) di Padang, Indonesia meninggal dunia selepas beberapa bulan menanggung derita kesan luka melecur teruk.
Kematiannya menarik perhatian warga maya di negara seberang itu selepas media tempatan sebelum ini melaporkan kanak-kanak itu mendapat kecederaan tersebut akibat menjadi mangsa buli di sekolah.
Menurut Tribun News, mangsa yang berusia 11 tahun telah disimbah dengan petrol oleh rakan sekelas sebelum terbakar disambar api dalam kejadian yang berlaku pada 28 Februari lepas.
Budak 10 tahun meninggal dunia akibat melecur teruk, beberapa bulan selepas rakan simbah petrol & terbakar
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan disahkan mengalami kecederaan melecur hampir 80 peratus di seluruh badannya.
Bagaimanapun, akibat kekurangan gizi dan kekangan kewangan untuk rawatan berterusan, kanak-kanak itu kemudian dilapor meninggal dunia pada 21 Mei lalu.
Guru mendedahkan kronologi kejadian
Menurut Tribun News lagi, tragedi itu berlaku ketika mangsa dan rakan sekelasnya sedang mengikuti kelas olahraga.
Ketika kejadian, mangsa bersama murid-murid perempuan yang lain diminta untuk membersihkan kelas. Manakala guru kelasnya pula menghidupkan unggun api di luar kawasan kelas untuk membakar sampah yang dikutip murid-murid lelaki.
Ketika murid-murid termasuk mangsa berada di sekeliling unggun api tersebut untuk membakar sampah, seorang murid lelaki didakwa bertindak menyimbah petrol kepada mangsa.
Akibatnya, api menyambar baju kanak-kanak tersebut sekaligus menimbulkan suasana panik dalam kalangan murid-murid berkenaan. Manakala mangsa yang sedang terbakar kemudian berlari ke tandas untuk memadamkan api pada badannya.
Malangnya, tandas ketika itu berada dalam keadaan terkunci sehingga memaksa mangsa berlari semula ke ruang kelasnya.
Perkara itu disedari guru kelasnya yang kemudian berusaha memadam api yang sudah pun membakar hampir sebahagian tubuh kanak-kanak tersebut.
Lanjutan daripada itu, pihak sekolah segera membawanya ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke salah satu hospital tempatan.
Menurut Tribun News, keluarga mangsa terpaksa membayar lebih dari Rp 2 juta bagi pemindahan awal dan perbelanjaan perubatan kerana mereka tidak mendaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial.
Kanak-kanak itu ditahan di hospital selama 35 hari untuk rawatan lanjut dan menjalani empat kali operasi pembedahan sebelum dibenarkan pulang oleh pihak hospital.
Bagaimanapun, kecederaan mangsa ketika itu dikatakan hanya pulih sebanyak lima peratus sahaja.
Malangnya, akibat kekurangan gizi dan faktor kewangan untuk rawatan lanjut, keadaan kanak-kanak itu dilapor semakin memburuk.
Mangsa kemudian dilapor meninggal dunia selepas dua bulan kejadian itu berlaku.
BACA: Beli Pakai Duit Sendiri, Budak Alami Kemurungan Selepas Telefon Dijual Ibu
Sumber: Tribun News