Dakwa Kerap Gosok Mata, Pemuda Ini Kongsi Terpaksa Jalani “Cornea Transplant”
Perbuatan menggosok mata sering dianggap sebagai satu tabiat biasa dan dilakukan sama ada kerana seseorang letih, mengantuk ataupun akibat bendasing yang terbang masuk ke dalam mata.
Tapi, siapa sangka bahawa perbuatan menggosok mata secara berlebihan sebenarnya satu tabiat buruk yang boleh membawa risiko terhadap kesihatan mata.
Antaranya mungkin boleh menyebabkan kornea mata rosak sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok.
Menurut Muhammad Zabidi, dia mendakwa terpaksa melakukan pembedahan cornea transplant gara-gara gemar menggosok mata secara berlebihan kerana resdung.
Akibat matanya dari masa ke masa semakin kabur dan masalah silau makin tinggi, maka Zabidi memutuskan untuk membuat pemeriksaan mata.
Selepas membuat pemeriksaan, doktor memaklumkan bahawa terdapat parut pada kornea hitam di mata sebelah kanan.
Oleh itu, dia terpaksa dimasukkan ke wad bagi pembedahan cornea transplant untuk membuang parut tersebut.
Keadaan Zabidi stabil selepas pembedahan tetapi dia dimaklumkan akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.
“Selepas pembedahan, mata kanan masih tidak boleh dibuka. Doktor berkata ia mungkin mengambil masa untuk dibuka, dan ia akan mengambil masa satu atau dua tahun sehingga saya pulih sepenuhnya,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian yang mencecah hampir 520 ribu jumlah tontonan itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada warga maya.
Terdapat juga warga maya yang berkongsi pengalaman serupa.
“Saya dah dua kali buat cornea transplant, tapi kedua-dua pembedahan tak berjaya sebab mata kanan saya masih tak nampak apa-apa. Sekarang, saya bergantung dengan sebelah mata kiri saya saja,”
“Saya pernah kena. Doktor kata corneal ulcer berpunca daripada contact lens. Saya betul-betul trauma. Allah saja tahu sakitnya macam mana. Pedih, silau dan kabur sampai tak nampak apa-apa,”
“8 hari mata merah dan air mata asyik keluar. Saya terus buat pemeriksaan mata. Doktor cakap nasib baik saya cepat buat pemeriksaan, kalau tak kena corneal ulcer. Saya dapat dua minggu MC,”
Dalam pada itu, SK hari ini turut ingin berkongsi risiko menggosok mata terlalu kerap sebagaimana yang dikongsikan menerusi laman Hello Doktor.
Apakah akibat menggosok mata?
- Menjejaskan penglihatan
Pertama sekali, menggosok mata boleh merosakkan penglihatan yang baik. Ini kerana menggosok memecahkan saluran darah di mata, menyebabkan percikan darah.
Di samping itu, menggosok menyebabkan bulatan gelap yang baruk, yang anda sentiasa mahu menyingkirkan.
- Konjungtivitis
Kesan konjungtivitis akibat daripada gosok mata. Semua orang tahu bahawa tangan adalah tempat yang mengandungi banyak kuman.
Oleh itu, apabila seseorang gosok mata dengan tangan, kuman akan segera dipindahkan ke mata yang menyebabkan jangkitan.
- Kerosakan kornea
Pada masa tertentu terdapat objek asing yang terpeangkap di dalam mata seseorang.
Ketika itu, mereka dengan sengaja gosok mata untuk membuang objek berkenaan tanpa mengetahui bahawa tindakan itu sebenarnya boleh merosakkan kornea dengan menggarunya.
Begitu juga, gosok mata terlalu kerap boleh menyebabkan kornea menjadi semakin nipis. Keadaan ini dipanggil keratoconus yang menyebabkan penglihatan terganggu.
- Keparahan masalah mata yang sedia ada
Bagi mereka yang menderita miopia atau glaukoma, gosok mata akan memburukkan lagi penglihatan.
Lebih serius, dengan meletakkan tekanan tambahan pada mata, ia boleh menjejaskan aliran darah ke mata, yang membawa kepada kerosakan saraf atau lebih teruk, kehilangan penglihatan yang kekal.
Bagaimana menghentikan tabiat menggosok mata?
Tabiat ini tidak sukar untuk ditinggalkan. Berikut adalah tip untuk memastikan mata anda selamat dan sihat.
- Sekiranya terdapat objek asing yang terperangkap pada mata anda, keluarkannya dengan mencuci mata seperti sterile saline atau pelincir atau air mata palsu. Jika kaedah ini gagal, berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan. Cuba untuk tidak gosok mata kerana anda sudah tahu komplikasinya.
- Terdapat banyak titisan mata yang memberi manfaat kepada mata anda seperti air mata tiruan atau antihistamin. Bagi penghidap alahan, doktor mungkin mencadangkan titisan mata steroid.
- Gunakan titisan mata dengan kerap untuk menjaga mata daripada terhidrasi sambil mengelakkan kekeringan, kegatalan atau kerengsaan.
- Jika anda berdepan dengan mata kering, dapatkan bantuan perubatan daripada doktor untuk ubat-ubatan.
- Selain itu, anda boleh diet untuk meningkatkan keadaan mata anda yang sihat. Anda boleh menggunakan lobak merah, ikan berlemak atau sayuran berdaun gelap, lada benggala oren. Selain itu,anda juga boleh mengambil makanan tambahan seperti Vitamin A, vitamin E, zink, kalsium atau minyak ikan.
Kepada mereka yang memiliki masalah serupa, elakkan daripada menggosok mata terlalu kerap dan terlalu kuat. Segeralah berjumpa pakar sebelum keadaan menjadi semakin teruk.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
BACA: Isu Produk Rempah Dari India Didakwa Mengandungi Ethylene Oxide
Sumber: Muhammad Zabidi via TikTok, Hello Doktor