Siakap Keli

Sesi Penyerahan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah KPDN

Sesi Penyerahan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah KPDN

NILAI, 29 MEI 2024 – Hari ini saya telah menyelesaikan sesi penyerahan Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH kepada pengusaha gerai Nasi Ayam Berempah di Nilai, Negeri Sembilan.

Pemberian Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian dan pemain industri dalam sektor perdagangan dan pengedaran, khusus untuk pengusaha-pengusaha Menu RAHMAH di seluruh negara.

Antara barang yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu RAHMAH yang telah diluluskan penyertaannya dalam program ini termasuk barangan mentah seperti ayam, bawang, dan bahan makanan asas lainnya untuk membantu pengusaha mengurangkan kos penyediaan Menu RAHMAH.

KPDN juga giat melaksanakan program advokasi di seluruh negara untuk menggalakkan lebih banyak pengusaha makanan mendaftar Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH. Ini membolehkan peniaga makanan mendapat diskaun khas di pasaraya terpilih seperti Mydin, Econsave, NSK, AEON Big, Giant, Lotus’s, dan Segi Fresh yang merupakan rakan strategik Kementerian. Mereka menawarkan diskaun sehingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.

kad diskaun menu rahmah

kad diskaun menu rahmah

Pada masa yang sama, inisiatif ini adalah salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan Program Menu RAHMAH, serta menggalakkan lebih ramai pengusaha restoran untuk menyertai Program Menu RAHMAH.

Kementerian komited dalam memperluas dan menjayakan Program Menu RAHMAH untuk memastikan golongan berpendapatan rendah dapat menikmati pilihan makanan di luar dengan harga yang berpatutan.

KPDN telah membuka pendaftaran Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH kepada  pengusaha makanan bermula pada 2 November 2023 lalu. Permohonan dan  maklumat berkaitan kad diskaun khas ini boleh diakses melalui portal Menu RAHMAH https://menurahmah.kpdn.gov.my.

kad diskaun menu rahmah

KPDN telah memperluaskan penawaran kad diskaun khas ini bukan sahaja kepada pengusaha restoran malah kepada penjaja dan peniaga kendaraan makanan (food truck). 

Usaha murni yang dijalankan oleh KPDN bersama pihak-pihak berkepentingan  ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Kerajaan Madani dalam membantu  meringankan kos sara hidup rakyat seterusnya dapat memberikan keselesaan  kepada peniaga dan pengguna dalam urusan perbelanjaan mereka bagi membeli barang keperluan pada harga yang lebih murah. 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan  (SPIP) di talian hotline 03-8882 5881/5905 atau melalui emel [email protected].

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.