Siakap Keli
Kredit: Freepik

Kucing Kerap Muntah ‘Hairball’ Mungkin Tanda Masalah Penghadaman & Boleh Bawa Bahaya

Kucing Kerap Muntah ‘Hairball’ Mungkin Tanda Masalah Penghadaman & Boleh Bawa Bahaya

Kalau korang nak tahu, kucing adalah haiwan peliharaan paling popular dan banyak dibela oleh rakyat Malaysia.

Berdasarkan statistik, dianggarkan kira-kira 1.3 juta ekor kucing dibela oleh rakyat di negara ini.

Ramai yang suka memelihara kucing, atau nama popularnya dalam kalangan warga maya iaitu ‘majikan’ disebabkan haiwan berbulu ini comel dan bersifat manja.

Bukan itu sahaja, kucing ini juga haiwan yang memiliki sifat empati. ‘BFF berbulu’ korang siap jadi peneman ketika di rumah dan suka dibelai dengan penuh sayang

Tapi, kucing pun macam kita jugak. Ada kalanya, ia akan sakit. Kalau kucing sakit, siap ada tuan yang menangis, apatah lagi jika kucing itu mati.

Sebab tu, pemilik kucing kena pelihara haiwan manja ini sebaik-baiknya dan tahu berkenaan beberapa risiko penyakit yang boleh menyerang kucing kesayangan anda di rumah.

Masalah yang lazim dihidapi rakan karib anda

Jika kucing korang mengalami masalah seperti muntah-muntah, cirit birit ataupun banyak mengeluarkan hairball, berkemungkinan si comel mengalami masalah penghadaman.

Menurut laman veterinar Vetster, kucing kerap memuntahkan ‘hairball’ bukanlah perkara normal seperti difikirkan sesetengah pemilik.

Malah, kucing tidak sepatutnya muntahkan ‘hairball’ melebihi sekali dalam tempoh seminggu, tulis laman itu.

Kerap memuntahkan ‘hairball’ boleh menjadi simptom kucing korang mempunyai masalah penghadaman, bahkan ia mungkin boleh meragut nyawa. Jelas pakar veterinar, ia boleh menjadi petanda saluran usus kucing tersumbat dan memerlukan pembedahan segera.

Jika tiada rawatan diberikan, berat kucing korang akan menyusut dan beberapa masalah lain termasuklah berdepan dengan risiko.

Ini disebabkan kebanyakan pemilik kucing tidak menyedari bahawa haiwan kesayangan mereka mengalami masalah penghadaman ataupun alahan terhadap produk makanan yang diberikan kepadanya.

Bagaimana nak pastikan kucing korang sentiasa sihat?

kucing hairball
Kredit: Freepik

Walau bagaimanapun, kucing anda akan mengalami kurang risiko untuk tidak sihat jika berada dalam persekitaran yang kondusif.

Oleh sebab itu, tuan kucing perlu sentiasa memastikan kucing mereka dalam keadaan baik.

Antaranya dengan memberikan penjagaan rapi, memandikannya dengan kerap serta membantu menyikat bulu kucing bagi mengurangkan jumlah bulu yang ditelan sekiranya si comel menjilatnya.

Selain itu, korang juga perlu memastikan si bulus mendapat makanan yang berkhasiat.

Jika kita menyentuh mengenai bab makanan, tuan kucing perlu pandai memilih makanan yang sesuai dengan kucing mereka

Antara yang menjadi pilihan para majikan berbulu korang adalah ProDiet.

ProDiet dapat membantu kucing anda mendapatkan nutrisi yang lengkap serta diet yang mantap.

Kini, ProDiet tampil dengan bungkusan baharu, yang sudah semestinya lebih menarik dan menggambarkan kualiti premium yang bakal dinikmati majikan korang

Penggunaan warna yang terang, grafik yang memukau serta label yang informatif, rekaan terbaharu ini menggambarkan kualiti premium produk dalam bungkusan baharu ini.

Bungkusan baharu ini juga diiringi dengan formulasi baharu yang telah diubahsuai dari formulasi sebelumnya.

Formulasi kali ini dilengkapi dengan ProCare Technology, yang dapat membantu sistem penghadaman dan penyerapan nutrisi.

Hal ini kerana, makanan ini dilengkapi dengan PEPTIDE yang mengandungi molekul asid amino 30X lebih kecil.

Dengan erti kata lain, ia dapat membantu sistem penghadaman kucing korang menyerap protein 8.5 peratus lebih mudah berbanding jenama makanan kucing lain.

Dengan ini, produk ini dapat membantu petumbuhbesaran kucing korang serta menjaga kesihatan dan kebajikan si comel.

Malah ProDiet kini memberi fokus terhadap kemampanan semasa menghasilkan makanan haiwan kesayangan korang.

Protein daging dari produk ini diperolehi secara mampan dengan mengutamakan faktor sosial, etika dan persekitaran.

ProDiet memperoleh sekurang-kurangnya 40 peratus protein daging menerusi sumber tempatan.

Ini adalah untuk mengekalkan sokongan kekal terhadap petani tempatan pada masa yang sama, mematuhi piawaian keselamatan makanan yang ketat..

Selain itu, protein daging yang digunakan termasuklah menggunakan daging gred manusia yang dikitar semula untuk memerangi pembaziran makanan dalam industri gastronomi.

Jangan biar si dia kelaparan, hadiahkan ProDiet pada mangkuk makanannya

kucing hairball
Kredit: Freepik

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat dapatkan satu pek Prodiet untuk kucing korang yang kelaparan di rumah.

Mungkin selepas ini, kucing korang jadi lebih manja dan ‘behave’ ketika berada di sisi korang.

Kalau kucing korang gembira dan sihat, sudah semestinya tuannya, iaitu korang sendiri turut merasa gembira bersama-sama.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai produk Prodiet, anda boleh layari laman web menerusi pautan ini.

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.