Siakap Keli
pelajar pertama master hadis al-azhar
Kredit: Pejabat Atase Agama Kaherah via Facebook

Pelajar Malaysia Pertama Terima “Master” Hadis Kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar

Pelajar Malaysia Pertama Terima “Master” Hadis Kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar

Peluang menyambung pelajaran di luar negara pastinya menjadi impian semua pelajar di Malaysia. Ada yang berimpikan ke Eropah dan ada juga yang menyimpan hasrat menyambung pelajaran ke bumi Mesir.

Mesir dan Universiti Al-Azhar telah menjadi tumpuan, khususnya umat Islam dari seluruh dunia, termasuk Malaysia bagi melanjutkan pengajian agama sejak sekian lama.

Pelajar-pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pasti akan meletakkan sasaran ingin melanjutkan pelajaran ke universiti tersebut.

Universiti Al-Azhar yang cukup sinonim dengan pusat pembelajaran ilmu Islam merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi ulung di negara itu, malah terkenal di dunia sebagai pusat kesarjanaan dan pendidikan.

Bahkan, ia merupakan universiti yang kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas Universiti Al Qarawiyin.

Universiti ini bermula daripada sebuah masjid yang menjadi pusat atau institusi keilmuan Islam. Ia kemudian berkembang kepada madrasah dan kini berstatus universiti antarabangsa.

Anak Perak muncul pelajar Malaysia pertama raih Master Hadis Kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar

Baru-baru ini, anak kelahiran negeri Perak yang juga merupakan seorang pelajar di Universiti Al-Azhar telah dianugerahkan Ijazah Sarjana (MA) bidang Hadis dengan pangkat Mumtaz.

Menerusi laman Facebook rasmi Pejabat Atase Agama Kaherah, pihak mereka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Muhammad Asyraf Muhammad Abdul Aziz diatas pencapaiannya sekaligus membanggakan negara Malaysia.

Muhammad Asyraf yang berasal dari Kuala Kurau, Bagan Serai Perak merupakan pelajar Malaysia yang pertama berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di peringkat Sarjana daripada Kuliah Ulum Islamiah Bagi Pelajar Antarabangsa, Universiti Al-Azhar.

Pertama sejak kuliah ditubuhkan dan termeterai perjanjian dengan kerajaan Malaysia

Difahamkan, Kuliah Ulum Islamiah Bagi Pelajar Antarabangsa ini ditubuhkan dan termeterai perjanjian bersama kerajaan Malaysia pada tahun 2008.

Lanjutan daripada itu, Muhammad Asyraf turut manfaatkan masa hampir 2 tahun 6 bulan bagi menyiapkan hasil kajiannya sendiri.

Turut hadir dalam majlis yang sama, Encik Mohammed Tasyreef Mohamd Tarmizi, Pegawai Atase Pendidikan Perak, Encik Muhamad Khairul Adli Ahmad Padli, Pembantu Atase Pendidikan Perak serta mahasiswa pasca siswazah yang lain.

“Syabas diucapkan!” ujar Pejabat Atase Agama Kaherah.

BACA: Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Ketika Tawaf

Athirah

When nothing goes right, go left.