Siakap Keli
Lutong 'Pencuri Roti' sudah tiada
Kredit:

Pernah Hiburkan Seluruh Dunia, Lutong ‘Pencuri Roti’ Sudah Tiada

Pernah Hiburkan Seluruh Dunia, Lutong ‘Pencuri Roti’ Sudah Tiada

Tidak dapat dinafikan bahawa haiwan mempunyai gelagat yang melucukan dan kita yang melihat tingkah laku tersebut pasti turut merasa terhibur.

Selain kucing, video-video tingkah laku lucu haiwan lain seperti monyet dan lutong juga pernah menjadi viral di media sosial.

Lutong merupakan mamalia yang penuh ragam dan seringkali ditemui hidup berdekatan penempatan manusia. Selain itu, lutong adalah haiwan yang nakal dan sering mengejutkan kita dengan tingkah laku mereka yang tidak dijangka.

Lisa, lutong yang pernah viral mencuri roti telah tiada dan pergi selamanya

Terdahulu, sebuah video rakaman CCTV yang menunjukkan gelagat seekor lutong mencuri roti yang sedang dijamah oleh seorang pengawal keselamatan pernah menjadi tular di sosial media.

Menariknya, video berkenaan bukan sahaja dikongsikan oleh media-media tempatan, bahkan turut menjadi tular dan mendapat perhatian media luar negara.

Dalam pada itu, pengawal keselaman dalam video berkenaan difahamkan telah menamakan lutong tersebut sebagai Lisa dan pernah memuat naik perkongsian lain berkenaan lutong berkenaan.

Bagaimanapun baru-baru ini, pengawal keselamatan berkenaan menerusi TikToknya, @hafiztt96, berkongsi khabar duka bahawa Lisa kini sudah tiada dan pergi buat selama-lamanya.

Menurut @hafiztt96, haiwan berkenaan yang ketika itu berada di atas pokok dikatakan telah jatuh ke permukaan tanah semasa ribut yang melanda lokasi berkenaan.

“Kenangan yang tak akan dapat dilupakan, walaupun ianya adalah seekor haiwan”

Menjadi peneman sepanjang bekerja di musim PKP dahulu, pastinya kehilangan Lisa memberi kesan yang sangat mendalam kepada lelaki itu.

@hafiztt96 juga turut berkesempatan memuat naik satu video berdurasi 36 saat yang memaparkan setiap kenangan dan gelagat Lisa yang pernah membuatkan warga maya berasa terhibur sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok yang pernah menonton video viral beberapa tahun lalu itu turut merasa sedih dengan pemergian lutong itu. Pada masa yang sama, ada juga yang memahami perasannya apabila kehilangan haiwan kesayangan.

“Sedih tengok. Dari jauh pun sedih, apatah lagi yang menghadapnya,” komen seorang wargamaya.

“Aku faham perasaan kau bang, pedih rasanya,” komen lagi seorang wargamaya.

BACA: Tetamu “Open House” Tengah Enjoy Makan, Tuan Rumah Bergurau Keluar Buku Kira Bil

@hafiztt96

Tamat Sudah Riwayat Lisa. Monyet yang pernah viral 1 dunia sudah tiada, yang menghiburkan anda sewaktu PKP. Merupakan monyet kesayangan dan peneman saya sewaktu PKP selalu buat Content curi makan security guard. Lisa Jatuh dari atas pokok, selepas redanya ribut yang melanda sewaktu berkerja. “TERIMA KASIH LISA”. #securityguard #dustyleafmonkey #monyet #lutong #fypシviralシ #fyp #CapCut

♬ suara asli – Anaksenja – EQ

Sumber: hafiztt96 via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.