Terkini

Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Dua lelaki ditembak mati polis
Sumber: Sinar Harian

Kejadian Berbalas Tembak R&R Tanjung Malim: Dua Lelaki Ditembak Mati Polis

Hannah

Kejadian Berbalas Tembak R&R Tanjung Malim: Dua Lelaki Ditembak Mati Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa dua lelaki telah ditembak mati dalam satu insiden berbalas tembak dengan pihak polis di KM396.5 Hentian Sebelah Tanjung Malim, arah utara, Perak pada malam Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota polis di pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor menerima maklumat mengenai insiden tersebut pada jam 11.32 malam.

Menurut Hussein, pasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah mengekori sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu kerana kelihatan mencurigakan.

Kata beliau, suspek yang sedar akan pengawasan polis telah cuba melarikan diri dengan memasuki Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.

“Pasukan polis telah mengejar suspek sehingga masuk ke hentian sebelah Tanjung Malim arah utara (KM396.5) dan berjaya menghentikan kenderaan suspek.

“Bagaimanapun suspek telah memulakan tindakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Pihak polis telah membalas tembakan sehingga memastikan keadaan selamat,” katanya menerusi Sinar Harian pada Ahad.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek yang berada dalam kereta tersebut ditemui berlumuran darah dan telah meninggal dunia.

Beliau juga memaklumkan bahawa suspek-suspek tersebut adalah dua lelaki tempatan yang memiliki rekod jenayah lampau, dan salah seorang daripadanya mempunyai 23 rekod jenayah serta enam lagi dikehendaki oleh pihak polis.

Tambah beliau,

Dalam pada itu, identiti seorang lagi suspek masih dalam proses mengenal pasti.

Dalam pada itu, siasatan ke atas kes ini sedang dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

BACA: Majlis Hari Lahir Bertukar Tragedi, Keluarga Diserang Sekumpulan Lelaki Bersenjata

Sumber: Sinar Harian