Siakap Keli
SUV rempuh parkir gereja
Sumber: Sinar Harian

SUV Hilang Kawalan & Terbabas, Rempuh Kawasan Parkir Gereja

SUV Hilang Kawalan & Terbabas, Rempuh Kawasan Parkir Gereja

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) telah kehilangan kawalan sebelum akhirnya terbabas dalam kawasan parkir gereja di Jalan SS 25/23 dekat Taman Plaza pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussein Sollehuddin Zolkifly berkata, siasatan mendapati bahawa kejadian tersebut berlaku pada jam 11.46 malam.

“Kenderaan terbabit dipandu seorang lelaki tempatan berumur 30-an yang ketika itu dalam perjalanan dari Subang Jaya ke Kelana Jaya.

“Berdasarkan keterangan awal, individu berkenaan menyatakan dia tersalah jalan dan secara tiba-tiba kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, kemalangan tersebut hanya mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa melibatkan individu lain.

“Pemandu SUV berkenaan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, pihak polis masih mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, sampel darah pemandu SUV telah diambil dan diserahkan kepada Jabatan Kimia bagi ujian alkohol dan dadah.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur sabotaj atau khianat terhadap mana-mana pihak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BACA: Nahas Kendiri Di Bulatan, Pemandu Nissan GT-R Maut

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.