Siakap Keli
panduan isi nama tiket penerbangan
Gambar: BERNAMA & AirAsia

Pastikan Eja Dengan Betul, Ini Panduan Isi Nama Tempah Tiket Penerbangan

Pastikan Eja Dengan Betul, Ini Panduan Isi Nama Tempah Tiket Penerbangan

Pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan teksi merupakan salah satu pilihan untuk orang ramai bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, tanpa perlu mengerahkan tenaga sendiri.

Selain itu, kapal terbang juga tergolong dalam kategori ini dan kebiasaannya perkhidmatan udara itu adalah pilihan wajib yang sering digunakan orang ramai untuk melancong ke luar negara.

Tambahan lagi, waktu singkat yang diambil untuk tiba ke destinasi menjadikan kapal terbang salah satu pengangkutan yang berbaloi untuk dicuba. Jadi, tidak hairan mengapa tiket penerbangan sentiasa habis terjual.

Walau bagaimanpun, kadangkala masih ramai keliru mengenai butiran pengisian maklumat diri sewaktu pembelian tiket ini, khususnya mereka yang pertama kali menaiki pesawat tersebut.

Oleh itu, SK akan berkongsikan cara yang betul butiran untuk pengisian maklumat diri ketika membeli tiket penerbangan di bawah ini.

Cara isi butiran tiket penerbangan

Menurut syarikat penerbangan AirAsia Sdn Bhd, setiap tiket yang dibeli oleh penumpang mestilah diisi dengan maklumat tepat.

Antara aspek penting yang dititikberatkan adalah  nama dieja dengan betul.

Perkara ini wajib supaya butiran yang diisi adalah sama dengan ejaan dalam pasport, visa, kad pengenalan kebangsaan (ID) dan dokumen perjalanan yang lain.

Berikut adalah contoh pengisian maklumat tiket;

Gambar: AirAsia
Gambar: AirAsia

Walau bagaimanapun, dalam kes tertentu nama penumpang mempunyai simbol unik. Jelas syarikat penerbangan itu, sistem AirAsia tidak menerima simbol atau aksara khas dalam nama penumpang.

Nama dengan simbol “@”

Bagi penumpang yang melakukan perjalanan dalam negeri, jika nama dieja dengan nama ‘@’ atau nama kedua dalam kad pengenalan, mereka perlu mengeluarkan tanda ‘@’, masukkan ruang antara kedua-dua nama atau isikan nama pertama sahaja.

Manakala bagi penumpang yang ingin melancong ke antarabangsa, AirAsia menggalakkan penumpang mengisi nama penumpang dengan sama seperti dalam pasport.

Cara isi nama tiket penerbangan
Gambar: AirAsia

Nama dengan tanda sengkang

Selain itu, jika nama mempunyai tanda sengkang ‘-‘, penumpang mestilah menggantikan dengan ruang atau jarak.

BACA: Kali Pertama Nak Naik “Flight” Di KLIA Terminal 2? Ini “Step” Yang Perlu Anda Tahu

Gambar: AirAsia

Nama tunggal 

Bagi penumpang yang hanya mempunyai nama tunggal contoh “Suryadi”.  Mereka perlu mengisi nama sendiri pada ruangan ‘Nama Keluarga’ sama pada ruangan ‘Nama Pertama’.

Cara isi nama tiket penerbangan
Gambar: AirAsia

Penukaran dan pembetulan nama

Dalam pada itu, mereka yang ingin menukar nama pada tempahan kepada nama orang lain tidak dibenarkan sebaik sahaja tempahan telah disahkan.

Manakala kesilapan kecil atau salah ejaan berlaku dalam nama tetamu pada tempahan penerbangan dibenarkan.

Ia melibatkan kesalahan ejaan, penambahan atau pengeluaran nama Inggeris untuk penumpang Cina, penukaran jantina dan penukaran antara nama pertama dan nama keluarga.

Oleh itu, penumpang perlu memastikan semua maklumat yang diisi adalah betul sebelum membuat tempahan penerbangan.

Untuk membuat pembetulan nama, sila sediakan nombor tempahan dan salinan kad pengenalan atau pasport dan hubungi AirAsia melalui “Berbual bersama Bo” di airasia.com atau bantuan pelanggan.

Sumber AirAsia (1), (2)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.