Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
sambung reman ibu bapa zayn rayyan
Kredit: Bernama

Peguam Tidak Lagi Mewakili Ibu Bapa Zayn Rayyan Bermula Hari Ini

Athirah

Peguam Tidak Lagi Mewakili Ibu Bapa Zayn Rayyan Bermula Hari Ini

Mahmud Jumaat, peguam yang mewakili ibu bapa kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan mengesahkan bahawa beliau tidak lagi mewakili pasangan itu bermula hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Mahmud Jumaat, penarikan menjadi peguam kepada kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas beberapa faktor tertentu.

Difahamkan, ibu dan bapa Zayn Rayyan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sejak Sabtu lalu.

Peguam maklum tidak lagi wakili ibu bapa kepada Zayn Rayyan

Terdahulu, menerusi laporan media tempatan, pasangan berusia 28 tahun itu dilaporkan direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Menurut Sinar Harian, pasangan suami isteri itu ditahan di kediaman mereka di Puncak Alam, kira-kira 10.25 pagi, Jumaat lepas oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Mayat Zayn Rayyan ditemui terbaring di sungai pada 6 Disember

Sebelum ini, jasad Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di anak sungai berdekatan kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, sehari selepas kehilangannya dikongsikan ke Facebook oleh ibu mangsa.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui kira-kira 10 malam, pada 6 Disember lepas oleh orang awam yang menyertai operasi mencari mangsa.

Menurut Sinar Harian lagi, jasad Zayn Rayyan dijumpai di kawasan saliran air kira-kira 200 meter dari kediaman keluarganya.

BACA: Pemilik & Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Meninggal Dunia

Sumber: Sinar Harian