Pemilik & Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Meninggal Dunia
Pengarah Urusan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd, Che Salmi Che Ibrahim dilapor meninggal dunia pagi tadi.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd Official, memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 pagi.
“Jutaan terima kasih kepada seluruh doa dan sokongan semua kepada Allahyarham sepanjang beliau mengemudi Sabasun dan sepanjang tempoh beliau menerima rawatan.
“Perginya seorang pemimpin tidak bermaksud mati juga segala usaha. Semangat juang dan prinsip yang diamanahkan akan dipegang teguh supaya kebaikan, perjuangan dan kasih sayang dapat diteruskan dan disebarkan seperti diimpikan Allahyarham,” kata kenyaataan berkenaan.
Pemilik syarikat peruncitan terkenal di Terengganu, Sabasun HyperRuncit meninggal dunia
Sabasun HyperRuncit merupakan sebuah jenama peruncitan yang sangat terkenal di Terengganu dan ditubuhkan oleh Allahyarham pada 2 April 1995.
“Legasi yang beliau cipta dalam membina jaringan pasaran bagi usahawan, juga menyediakan khidmat terbaik bagi pelanggan dan juga perjuangan Allahyarham dalam isu Palestin tiada tolok bandingnya.
“Kami juga ingin memohon maaf bagi pihak Allahyarham, jika terdapat sebarang kekhilafan dan salah silap daripada Allahyarham.
Mohon doakan kebaikan ke atas roh Allahyarham
“Akhir kata, kami juga memohon jasa baik semua untuk bersama-sama mendoakan ke atas roh Allarham,” ujar hantaran itu lagi.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
https://www.facebook.com/SabasunHyperRuncitSdnBhd/posts/pfbid02PwmK3Kd4SqZGffX9mQTts7Q42APRCXTXSd7bZHo828RNARc6J4Rq7zeBbrkxDCZFl