Siakap Keli
Pelajar tikam rakan asrama ditahan
Sumber: RTM

Kes Baling Pasu Balai Polis Serdang: Dua Remaja Lelaki Ditahan Polis

Kes Baling Pasu Balai Polis Serdang: Dua Remaja Lelaki Ditahan Polis

Dua remaja lelaki telah ditahan kerana disyaki membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, menyatakan bahawa kedua-dua suspek yang berusia 17 tahun itu ditahan di Taman Serdang Jaya, Seri Kembangan pada jam 4 petang.

“Semakan dilakukan mendapati seorang daripada suspek adalah pelajar, manakala suspek kedua adalah penganggur.

“Dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek, polis merampas serpihan batu atau pasu yang digunakan dalam tiga kejadian khianat.

“Ia termasuk kes khianat terhadap pagar Balai Polis Serdang yang dipercayai dilakukan oleh dua suspek terbabit pada hari sama,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurut Anbalagan, pihak polis turut merampas pakaian yang dipakai oleh kedua-dua suspek pada hari kejadian.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan bahawa dua individu yang tidak puas hati selepas ditegur oleh anggota polis kerana tidak memakai topi keledar telah bertindak membaling pasu bunga ke arah pagar Balai Polis Serdang.

BACA: Teruja Dengar Suara Ayah, Reaksi Kanak-Kanak Guna Telefon Awam Undang Nostalgia Lama

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.