Siakap Keli
Telefon awam imbau kenangan
Kredit: Heyda Emcee & Voice Over via TikTok

Teruja Dengar Suara Ayah, Reaksi Kanak-Kanak Guna Telefon Awam Undang Nostalgia Lama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Teruja Dengar Suara Ayah, Reaksi Kanak-Kanak Guna Telefon Awam Undang Nostalgia Lama

Pernah tengok tak telefon awam atau public phone di mana-mana sekarang? Kalau ada pun, mungkin tidak berfungsi lagi dan pasti kelihatan usang, seolah-seolah menanti hari untuk dihapuskan.

Generasi muda kini pasti tidak memandang atau bahkan tahu tentang kewujudan telefon awam. Maklumlah, zaman sekarang sudah maju dengan adanya telefon bimbit yang canggih belaka.

Namun, bagi para ‘otai’, telefon awam umpama menggamit kenangan lama suatu ketika dahulu.

“Kenangan lalu mengusik jiwa” – itulah ungkapan yang seolah-olah menggambarkan reaksi warga maya apabila menonton sebuah video tular memaparkan kanak-kanak teruja melihat dan menggunakan telefon awam.

@heydahebat

Siapa suka bergayut kat tepon ni dulu? Sejam dua jam. Kdg siap org jual duit syiling ya. Syiling nilai RM2, dia jual RM2.20. Untung seposen. Lenguh leher bergayut berejam situ 😂 #nostalgia #pondoktelefon #telefonawam #kenanganlalumengusikjiwa #klmj #heydashares #memory #90sthrowback

♬ Cena Engraçada e Inusitada – HarmonicoHCO

Video berdurasi 43 saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @heydahebat, menunjukkan seorang wanita bersama suaminya membawa anak-anak mereka ke sebuah lokasi yang mempunyai telefon awam, dipercayai di sekolah.

Pada mulanya, anak-anak mereka kelihatan pelik melihat tindakan ayah mereka mengangkat gagang telefon awam selepas memasukkan syiling 20 sen.

Mereka seakan-akan tidak yakin telefon awam itu berfungsi kerana rupanya yang agak usang. Namun, mereka terkejut apabila mendengar deringan telefon bimbit ayah mereka, menandakan panggilan telefon dari telefon awam berjaya dibuat.

Lebih menarik lagi, mereka tersenyum dan begitu teruja menggunakan telefon awam dan berkomunikasi melaluinya selepas mendengar suara ayah mereka dari gagang telefon tersebut.

Warga maya dibawa ‘hanyut’ dalam nostalgia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsi kenangan pahit manis menggunakan telefon awam suatu ketika dahulu.

“Inilah telefon yang menyelamatkan saya masa kena tinggal van dulu. Itu pun mujur terjumpa 20 sen dekat tepi longkang,”

“Teringat zaman asrama dulu, selalu beratur panjang setiap petang Khamis semata-mata nak guna telefon ni,”

“Kenangan tu, selagi tak habis duit syiling, selagi tu bergayut,”

“Dulu ada telefon awam depan sekolah. Duit selalu sangkut, terpaksa bawa pembaris plastik untuk ‘jolok’. Kalau ada rezeki, turunlah 2-3 ringgit,”

“Waktu guna telefon ni dulu, macam-macam bau yang ada dekat gagang tu. Kadang sampai kena tahan nafas,”

Telefon awam memang mengundang nostalgia. Dulu, walaupun talian telefon masih ‘lemah’, tetap saja ramai yang menggunakannya untuk pelbagai urusan peribadi.

Siapa yang boleh lupa zaman manusia berpusu-pusu menapak ke pondok telefon yang jauh hanya untuk menghubungi insan tersayang? Seperti yang dikongsi beberapa warga maya:

“Dekat asrama dulu selalu kumpul duit syiling semata-mata untuk telefon mak,”

“Itulah caranya ayah mengurat ibu kamu,”

BACA: Basi Bukan Sebab Beras, Lelaki Kongsi Tip Elak Nasi Tak Mudah Basi

Sumber: Heyda Emcee & Voice Over via TikTok

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.