Dakwa Batuk Kuat, Lelaki 35 Tahun Patah Tulang Paling Keras Dalam Badan Manusia
Femur secara umumnya dianggap sebagai tulang paling keras atau kedua paling keras dalam tubuh manusia, tetapi seorang lelaki berusia 35 tahun di China didakwa patah tulang femur hanya dengan batuk.
Kes mengejutkan ini disahkan oleh seorang doktor dari Hospital Rakyat Kedua Wilayah Fujian, menyatakan seorang lelaki mengalami patah tulang paha semasa batuk, lapor Oddity Central.
Menurut Pengarah Jabatan Ortopedik di hospital berkenaan, kes ini sedikit ‘luar biasa’ kerana kebiasaannya, lelaki sebaya pesakit hanya akan mengalami patah tulang femur akibat trauma yang serius.
Contohnya seperti kemalangan kereta atau jatuh dari ketinggian yang agak tinggi. Mustahil bagi pesakit mengalami masalah ini hanya kerana batuk.
Difahamkan, pesakit memberitahu doktor bahawa dia merasakan sakit yang tajam sejurus selepas batuk yang sangat kuat tetapi dia mengira bahawa ianya kekejangan.
Bagaimanapun, kemudian dia sukar untuk berjalan kerana kesakitan, lalu memutuskan untuk mendapatkan rawatan di hospital.
X-Ray menunjukkan bahawa pesakit telah mengalami patah tulang femur di bahagian paha. Tidak ada tanda sebarang trauma fizikal pada pesakit, tetapi ceritanya tentang batuk itu menurut pasukan perubatan adalah tidak masuk akal.
BACA: Kucing Kerap Muntah ‘Hairball’ Mungkin Tanda Masalah Penghadaman & Boleh Bawa Bahaya
Mengejutkan, keadaan tulang lelaki berusia 35 tahun ini sama seperti lelaki berusia 80 tahun
Pasukan perubatan kemudiannya memutuskan untuk membuat pemeriksaan kesihatan ke atas pesakit, dam menanyakan kepada pesakit tentang kesihatan umum, tabiat pemakanan dan gaya hidupnya.
Mereka juga menjalankan ujian ketumpatan tulang yang hasilnya sangat membimbangkan. Ketumpatan tulang pesakit itu didakwa sama seperti lelaki berusia 80 tahun, sesuatu yang luar biasa walaupun bagi lelaki seusianya yang tidak aktif.
Tambah Oddity Central, pemeriksaan kesihatan yang dibuat atas pesakit mengesahkan bahawa pesakit tidak mengalami sebarang penyakit tulang, sebaliknya pesakit mempunyai tulang yang sangat rapuh akibat tabiatnya minum minuman berkarbonat, diet yang tidak seimbang dan kurang bersenam.
Difahamkan, pesakit sebelumnya memberitahu doktor bahawa dia pada dasarnya menggantikan air putih dengan minuman manis berkarbonat. Ini mengganggu penyerapan kalsium dalam tubuhnya dan merosakkan ketumpatan tulangnya.
BACA: Cadangan Pindaan Akta 50 Perkemas Pendaftaran Pakar Perubatan – Dzulkefly
Sumber: Oddity Central