Kuala Lumpur, 4 Jun 2024 – Bawa deria rasa anda ke Sepanyol yang mana The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia memperkenalkan penambahan terbaharu dalam barisan minuman yang menakjubkan – Spanish Latte.
“Setia pada matlamat kami untuk membawa pengembaraan baru dengan setiap hirupan, Spanish Latte adalah sesuatu yang mesti dicuba,” kata Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
“Gabungan espresso khas kami, susu pekat manis, dan susu segar yang lembut mencipta pengalaman yang kaya dan memuaskan, sementara sentuhan kayu manis dan vanila menambahkan lagi rasa yang memikat.”
Nikmati Spanish Latte baharu yang boleh didapati secara panas atau sejuk (kecil RM 13.80, biasa RM 14.80).
Menambah rasa moden serta klasik, The Spanish Latte Ice Blended® (kecil RM 15.70, biasa RM 16.70) adalah hidangan menyegarkan yang mesti dicuba ketika cuaca yang panas terik.
Lengkapkan perjalanan anda ke Sepanyol dengan pilihan hidangan yang enak. Memperkenalkan Pepperoni Bagel, hidangan lazat yang melengkapi kekayaan latte. Mereka yang mempunyai selera manis akan menikmati hidangan Cinnamon & Raisin Swirl kami yang sangat dirindui, kerana ia sesuai dengan sentuhan lembut daripada minuman kami pada musim ini.
Tawaran Pelancaran Istimewa
Untuk waktu terhad sahaja, dapatkan Spanish Latte kami pada harga pelancaran hanya RM10, dan RM12 untuk versi Ice Blended®. Selain itu, anda boleh menikmati diskaun eksklusif 50% Spanish Latte baharu. Daftar DI SINI sebelum 9 Jun dan tunjukkan e-baucar yang diterima melalui e-mel kepada juruwang di kedai.
Lembaran Fakta The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Menu Spanish Latte 2024
Cinnamon & Raisin Swirl
Manjakan deria rasa anda dengan Swirl Kayu Manis & Kismis kami! Kami telah memuatkan kismis yang segar ke dalam swirl kami untuk rasa yang penuh kenikmatan di dalam mulut anda.
Hanya pada harga RM7.50 setiap satu.
Pepperoni Bagel
Dibakar dengan campuran herba, dan disalut dengan keju cheddar serta pepperoni ayam.
Hanya pada harga RM12 setiap satu.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini dari The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, berita dan promosi, layari halaman Facebook kami www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web www.coffeebean.com.my.