Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kes Pecah Rumah Kieda Crepe: Empat Suspek Direman Bermula Hari Ini
Empat individu telah direman bagi membantu siasatan berkaitan kejadian pecah rumah seorang usahawan pencuci mulut pada 25 April lalu.
Menurut laporan Sinar Harian, empat suspek termasuk dua wanita itu direman selama enam hari sehingga 11 Jun ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman berkata, keempat-empat suspek berusia antara 20 tahun hingga 27 tahun ditahan di Jalan Duta Kuala Lumpur antara jam 9 hingga 10 pagi, pada Khamis.
Barangan kemas bernilai RM40,000 yang dipercayai milik usahawan terbabit turut dirampas oleh polis, kata Zulkeflee lagi.
Suspek dipercayai pecah rumah Kieda Crepe ditahan reman
“Ketika ditahan, kita hanya berjaya merampas barangan kemas bernilai RM40,000 yang mana, kita percaya, suspek telah menjual sebahagian barangan kemas yang telah dicuri.
“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan terhadap empat suspek berkenaan. Mereka akan direman enam hari untuk membantu siasatan.
“Setakat ini, kita belum dapat memastikan hubungan keempat-empat suspek ini, sama ada pasangan kekasih atau suami isteri,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Tambah Zulkeflee, polis juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan selepas ini untuk membantu siasatan kes tersebut.
Menurut Sinar Harian lagi, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
Terdahulu, media tempatan melaporkan seorang usahawan menanggung kerugian sehingga RM800,000 apabila penjenayah memecah masuk rumahnya di Kepala Batas pada April lalu.
Kejadian itu didedahkan sendiri oleh usahawan berkenaan, Siti Nur Khalieda Yusra di beberapa platform media sosial miliknya pada malam Ahad lalu.
Mangsa yang lebih dikenali sebagai Kieda berkata, kejadian berlaku pada 25 April lalu, antara jam 8 hingga 11 malam.
Katanya, mereka menyedari kejadian tersebut ketika pulang ke rumah dari premis mereka selepas selesai berniaga.
BACA: Hairan, Kenapa Perkataan Ribu Disingkatkan Kepada “K”? Ini Penjelasannya
Sumber: Sinar Harian