Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Hairan, Kenapa Perkataan Ribu Disingkatkan Kepada “K”? Ini Penjelasannya

Athirah
Kenapa Ribu Disingkatkan
Kredit: Bernama

Hairan, Kenapa Perkataan Ribu Disingkatkan Kepada “K”? Ini Penjelasannya

Salah satu singkatan yang sering digunakan dalam hitungan tentunya penggunaan ‘K’ sebagai ganti kepada rujukan ribu. Misalnya, RM1,000 disebut sebagai RM1k.

Selain digunakan ketika menghitung wang, K juga digunakan dalam pelbagai perkara lain sepert ketika menyebut hitungan jumlah tanda suka dan tontonan sesuatu kandungan di media sosial.

Bagi mereka yang sudah biasa dengan istilah tersebut, ia bukanlah satu singkatan yang janggal kerana anda sudah tahu K tersebut bermaksud ribu.

Walaupun begitu, pernah tak anda terfikir bagaimana K boleh menjadi rujukan kepada ribu? Dari mana asal-usulnya dan budaya apa pula yang mempengaruhi penggunaan simbol ini?

Kenapa ribu disingkatkan kepada K? Semuanya bermula dari tamadun Greek

Dunia barat sememangnya diketahui banyak dipengaruhi oleh tamadun Yunani dan Rom, termasuklah menjadi asal-usul kepada simbol K.

Menurut News18, K dipercayai berasal perkataan dalam tamadun Greek iaitu ‘chilioi‘ yang bermaksud ‘thousand/ribu’.

Bagaimanapun, chilioi dalam budaya Greek ini membawa maksud yang lebih luas iaitu merujuk kepada ‘majmuk dengan jumlah yang tidak pasti’.

Walaupun terjemahan terhampir chiloi adalah seribu, namun ia juga boleh difahami sebagai tempoh atau jangka masa yang tidak diketahui atau kesempurnaan yang menyeluruh. Ringkasnya, chiloi bukan secara literal bermaksud ribu.

Seiring peredaran zaman, perkataan chiloi ini kemudian diserap dalam kebudayaan Perancis menjadi kilo. Semasa kemunculan sistem metrik umum pula, kilo pada waktu telah diperkenalkan sebagai rujukan kepada seribu.

BACA: Kucing Kerap Muntah ‘Hairball’ Mungkin Tanda Masalah Penghadaman & Boleh Bawa Bahaya

Dunia ekonomi turut menggunakan istilah ‘K’ untuk menggantikan Ribu

Menurut portal News 18 lagi, dari sini bermulanya istilah baru seperti kiloliter, kilogram, kilotonne dan lain-lain yang diciptakan bagi merujuk kepada bilangan seribu dalam hitungan masing.

Selepas sistem metrik diterima secara meluas, individu dalam bidang ekonomi mula mengikut kaedah yang sama yang menggunakan singkatan ‘K’ untuk mewakili nilai wang seribu.

Justeru itu, kita sering melihat angka-angka wang dalam gandaan seribu dilabelkan dengan huruf ‘K’, misalnya seperti ‘RM50,000’ ditulis sebagai ‘RM50K’.

BACA: Pemuda Ini Kongsi Kisah ‘Ops Piramid 2011’, Pengalaman Terbang Bersama C-130 Hercules

BACA: Lelaki Larikan Barang Kemas Bernilai RM25,000 Diberkas

Sumber: News 18