Siakap Keli
Lelaki Larikan Barang Kemas diberkas
Gambar: Sinar Harian

Lelaki Larikan Barang Kemas Bernilai RM25,000 Diberkas

Lelaki Larikan Barang Kemas Bernilai RM25,000 Diberkas

BUKIT MERTAJAM, 5 Jun (Bernama) — Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai melarikan barangan kemas bernilai RM25,000 dari sebuah kedai emas di Perda Utama, di sini seperti yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata pemeriksaan mendapati kejadian berlaku pada 11.53 pagi Jumaat lepas dan lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 4 petang hari sama di Sungai Petani, Kedah.

“Kejadian berlaku apabila jurujual di kedai emas itu didatangi seorang lelaki tempatan yang berpura-pura mahu membeli emas sambil dia (jurujual) melayan dan menunjukkan barangan kemas yang hendak dilihat lelaki terbabit.

“Semasa jurujual itu sedang membuat kiraan harga (barangan kemas), lelaki itu telah mengambil barangan kemas yang diletakkan di atas meja kaunter dan terus melarikan diri dari premis itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Sindiket Elak Cukai Terbesar Di Pelabuhan Klang Tumpas, Dianggar Bernilai RM3.5 Bilion

Beliau berkata polis merampas sejumlah barangan kemas daripada lelaki itu dan pemeriksaan mendapati dia memiliki tiga rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Lelaki itu, katanya disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular menerusi media sosial video berdurasi dua minit memaparkan seorang lelaki memasuki sebuah kedai emas sebelum memilih beberapa barangan kemas dan kemudiannya bertindak membawa lari barangan kemas itu.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.