ByteDance Rancang Jadikan Malaysia Hab AI Dengan Cadangan Pelaburan RM10 Bilion
ByteDance merancang untuk melabur dalam AI dan menjadikan Malaysia sebagai hab AI bagi rantau ini dengan cadangan pelaburan kira-kira RM10 bilion.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan perkara tersebut selepas mengadakan pertemuan bersama Naib Presiden TikTok, Helena Lersch.


Terdahulu, syarikat gergasi teknologi, Google dilaporkan akan melabur sebanyak US$2 bilion (RM9.4 bilion) di Malaysia, merangkumi pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google, lapor Bernama.
Ia dilaksanakan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan, di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.
BACA: Google Labur RM9.4 Bilion Di Malaysia, Sokong Lebih RM15.04 Bilion Dalam Impak Ekonomi Positif
BACA: Microsoft Labur US$2.2 Bilion Dalam Infrastruktur Awan Dan AI Malaysia
“Pelaburan ini dibina atas kerjasama kami dengan kerajaan Malaysia untuk memajukan ‘Dasar Cloud First,’ termasuk piawaian keselamatan siber yang tertinggi.
“Dengan pengumuman hari ini, Malaysia dan Google bekerjasama untuk memajukan usaha bersama kami dalam mencipta ekosistem yang menyokong inovasi dan membuka potensi transformasi digital,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet Inc (Alphabet), yang juga Ketua Pegawai Kewangan Google, Ruth Porat.
Tidak cuma itu, Microsoft pada awal Mei lalu turut mengumumkan akan melabur US$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam infrastruktur awan dan kecerdasan buatan (AI) negara untuk tempoh empat tahun akan datang.
Sumber: Facebook Tengku Fazrul