Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Malaysia terikat 1-1 Kyrgyzstan
Gambar: FAM

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Malaysia Terikat 1-1 Dengan Kyrgyzstan

Iqbal Yasir

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Malaysia Terikat 1-1 Dengan Kyrgyzstan

Harimau Malaya terikat 1-1 dengan Republik Kyrgyzstan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebentar tadi.

Turun dalam misi mencari tiga mata di gelanggang lawan, anak-anak buah Kim Pan-gon pada awal permainan dilihat agak bergelut menyesuaikan diri di atas padang, dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Bagaimanapun, ketiadaan Faisal Halim dan Arif Aiman dirasai skuad negara dengan beberapa serangan gagal diterjemahkan oleh pemain barisan hadapan.

Malaysia berpeluang untuk mendapat gol pertama pada minit ke-21 menerusi sepakan bebas Endrick namun bola menuju tepat ke penjaga gawang Kyrgyzstan.

Sebaliknya, tuan rumah berjaya memanfaatkan serangan balas pantas untuk meledak gol pertama perlawanan menerusi pemain sayap Gulzhigit Alykulov pada minit ke-24.

Gol berkenaan nyata membuatkan tuan rumah cepat untuk ‘settle down’ dengan permainan yang lebih tenang.

Namun, enam minit menuju wisel penamat separuh pertama, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan. Dion Cool berjaya memanfaatkan sepakan percuma Endrick untuk menanduk masuk bola ke gawang Tokotaev.

Gambar: FAM

Pada penghujung masa kecederaan babak pertama, Malaysia terlepas peluang keemasan untuk berada di hadapan apabila tandukan Paulo Josue sekadar singgah ke dakapan penjaga gol.

Bermula babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan masing-masing bermain dengan intensi yang lebih tinggi, apabila saling berbalas serangan. Tetapi tuan rumah lebih mendominasi perlawanan.

Meskipun beberapa pertukaran pemain dilakukan jurulatih, kedua-dua pasukan buntu mencari gol hingga babak terakhir.

BACA: Sebak, Peninggalan Diari Arwah Ayah Sejak 1975 Kini Jadi Peneman Anak

“Comeback” pada minit-minit akhir

Sebelum ini, Malaysia berjaya menewaskan Kyrgyzstan dengan skor 4-3 dalam perlawanan penuh dramatik pada November lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia pada awalnya berjaya berada di hadapan hasil jaringan daripada Dion Cools pada minit ke-7.

Bagaimanapun, tamat separuh masa pertama, Krygyzstan akhirnya berjaya berada di depan dengan dua gol, hasil jaringan pada minit ke-42 oleh Kayrat Zhyrgalbek uulu. Manakala gol kedua negara itu hadir pada minit ke-44 menerusi Ernist Batyrkanov.

Separuh masa kedua bermula dengan pembukaan jaringan oleh Kai Merk pada minit ke-57 dan seterusnya meletakkan pasukan itu selesa dihadapan.

Walaupun ketinggalan dengan dua gol, pasukan kebangsaan negara tidak mengalah dan mempamerkan aksi yang bertenaga sebelum akhirnya merapatkan kedudukan.

Gol kedua buat negara diperolehi menerusi jaringan sendiri Khristiyan Brauzman pada minit ke-72. Selang lima minit kemudian, giliran Dion Cools sekali lagi menyumbatkan gol untuk menyamakan kedudukan.

Stadium bagaimanapun gamat menuju minit-minit akhir masa tambahan masa kedua apabila Faisal Halim berjaya menjaringkan gol keempat Malaysia pada minit ke-93.

Malaysia melengkapkan kebangkitan sempurna selepas ketinggalan 1-3 dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 4-3.

Sumber: Live RTM