Siakap Keli
diari arwah ayah 1975
Gambar: TikTok @filzahabdulaziz

Sebak, Peninggalan Diari Arwah Ayah Sejak 1975 Kini Jadi Peneman Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebak, Peninggalan Diari Arwah Ayah Sejak 1975 Kini Jadi Peneman Anak

Kehilangan sosok seorang ‘ayah’ pastinya tidak mudah buat insan yang bergelar anak.

Insan inilah yang menjadi tulang belakang dalam menyara keluarga, sanggup berpanasan membanting tulang untuk memastikkan anak-anak mereka menerima segala kelengkapan dalam kehidupan.

Pemergiannya pasti menjadi pengalaman paling sukar dalam hidup ibarat rindu yang tiada penghujung.

Hanya pakaian dan barangan kesukaan yang sering digunakan mereka menjadi tempat melempiaskan rindu.

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh Filzah Abdul Aziz, 36, yang mengakui coretan diari-diari yang ditulis oleh arwah ayahnya Abdul Aziz Yahya, 70, sejak tahun 1975 adalah peneman hidupnya pada ketika ini.

Kata Filzah sewaktu dihubungi, arwah seorang yang suka menulis dan mengabdikan kehidupannya dalam diari termasuk perkara-perkara kecil seperti menjejakkan kaki ke pasar.

Gambar: TikTok @filzahabdulaziz

Kesemua diari yang ditulis itu tidak pernah disentuh oleh adik-beradik (anak-anak arwah) sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Januari 2022 akibat kencing manis.

Tambahan lagi, arwah menyimpannya dalam almari yang berkunci dan ahli keluarga juga menghormati privasinya.

Filzah yang juga anak bongsu daripada empat adik-beradik memaklumkan arwah seorang yang tidak banyak cakap dan mempunyai perwatakan yang menarik.

Kehilangan bapa meninggalkan kesan yang mendalam di jauh sudut hatinya.

Bagaimanapun, setiap buku itu dikemas dan dibaca oleh anak-anak setelah pemergian arwah.

BACA: Macam “Real”, Lelaki Ni Ulas Video Olimpik Cilik Buat Ramai Pecah Perut

“Ayah cinta pertama seorang perempuan…”

Hanya linangan air mata yang mampu diterjemahkan apabila melihat semua momen dan aktiviti harian arwah dicatit termasuk tarikh-tarikh dan peristiwa penting.

Gambar: TikTok @filzahabdulaziz

Catit kes covid yang berlaku di Malaysia tanpa gagal setiap hari hingga 7 Januari 2022

Lebih meruntun hati, ayahnya juga menghidap penyakit buah pinggang namun disembunyikan daripada pengetahuan ahli keluarga.

Menceritakan lebih lanjut, Filzah memberitahu ayahnya seorang pesara Tentera Udara Laut (TLDM) yang pernah bekerja di istana Johor sebagai pembantu tadbir dan ditukarkan  ke radio Johor milik sultan (radio best FM).

“Sejujurnya sampai sekarang saya tak mampu baca diari arwah. Semua tu (kisah) dari kakak dan abang. Mereka yang selalu buka dan baca.

“Ada cerita menarik, mereka akan tangkap gambar dan hantar kepada saya. Lagipun, saya jauh di Kedah, manakala keluarga pula berada di Johor,” katanya.

Sementara itu, menerusi video yang dimuat naik oleh Filzah di platform TikTok turut meruntun hari netizen mengenai kisah tersebut.

Video berkenaan mendapat lebih daripada 1 juta tontonan dan pelbagai komen waraganet yang tumpang bersedih dengan kisah arwah.

Sumber: @filzahabdulaziz/TikTok

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.