Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Macam “Real”, Lelaki Ni Ulas Video Olimpik Cilik Buat Ramai Pecah Perut

Iqbal Yasir
lelaki ulas video cilik
Gambar: IG @ady_shokri
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Macam “Real”, Lelaki Ni Ulas Video Olimpik Cilik Buat Ramai Pecah Perut

Pengulas dengan bidang sukan sememangnya tidak boleh dipisahkan, kehadiran suara latar mereka dapat menambahkan lagi kehangatan sukan.

Malah, kadangkala suara mereka dapat memberikan goosebump lebih-lebih lagi ketika momen yang cukup bermakna seperti detik altet sukan menjuarai kejohanan dan banyak lagi.

Oleh itu, tidak hairan mengapa pekerjaan ini semakin mendapat tempat dalam sukan termasuk E-Sukan.

Baru-baru ini, tular satu klip video memaparkan seorang lelaki membuat ulasan berdasarkan video dipercayai kejohanan olimpik kanak-kanak hingga mendapat perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh ady_shokri di platform Instagram, dia berkongsi ulasannya berdasarkan video berkenaan mengikut jenis-jenis sukan.

Antaranya acara larian, gimnastik, angkat berat dan banyak lagi.

“Rasanya begini la kot kalau abang mengulas olimpik kanak-kanak hahahaha comel sangat dik non,” tulisnya dalam klip tersebut.

Lebih mengasyikkan, suaranya juga tak ubah seperti suara pengulas-pengulas sukan tetapi dalam versi jenaka.

Di bawah ini merupakan ulasan yang dibuat olehnya berdasarkan video.

“Gimnas Amerika Syarikat, cantik lentikan dilakukan. Hampir terkeluar pampersnya. Aaa ini pula gimnas daripada Korea….uuuuu bahaya jelingannya tu.

“10 meter toddler, pelumba daripada United Kingdom dan juga China sudah pun dilepaskan pantas lari ke garisan penamat tetapi kenapa kau berhentik dik oooiii.

“Langkah jela terus, dilangkahnya tali itu. Saksikan bagaimana dia melangkahnya tali itu, haiyaa,”

“Di arena gimnasitk, gimnas dari Jepun ini sudah bersedia. Alamak terjatuh ish ish macam (muka) tak puas hati je. Kecewa sedikit dengan keputusannya,” ulasnya.

Gambar: IG @ady_shokri

Kepetahannya dalam melontarkan ulasan menambat hati para warga maya, yang rata-ratanya terhibur mendengar video berkenaan.

Untuk makluman, video olimpik cilik itu hanyalah rekaan semata-mata di mana ia telah direkod di dalam studio dan rakaman suasana di stadium telah disatukan dan menjadi satu klip.

BACA: Baru Terima Keputusan SPM, Johan Ghazali Bakal Lawan Nguyen Tran Sabtu Ini

Sesetengahnya ada juga yang terhibur melihat atlet cilik di dalam klip tersebut terlibat dalam sukan itu kerana kelihatan comel.

Berikut antara komen daripada netizen;

“Kenapa kau menangis dik,” komen salah seorang pengguna.

“Alahai comel sungguh atlet dia. Tapi tergelak dengar suara pengulasnya. Tak kalah comel dengan atlet tu,” komen seorang pengguna lagi.

“Terkeluar pampersnya tu,” komen pengguna lain yang terhibur.

Sumber: Instagram @ady_shokri

BACA JUGA: Polis Sahkan Bom Diterima Di Bangunan MOTAC Adalah Palsu