Siakap Keli

Majikan Lebih Suka Graduan Kemahiran, Kebolehpasaran Lebih Tinggi Dari Lepasan Universiti?

Majikan Lebih Suka Graduan Kemahiran, Kebolehpasaran Lebih Tinggi Dari Lepasan Universiti?

Zaman sekarang memang tak dinafikan persaingan dalam kerjaya semakin sengit. Lebih-lebih lagi ribuan graduan daripada institusi pengajian menamatkan pengajian.

Golongan ini tentunya berlumba-lumba merebut peluang pekerjaan yang terhidang dalam industri tanah air. 

Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana rata-rata graduan merupakan lepasan cemerlang akademik selain kriteria yang dimahukan menepati majikan ataupun tidak.

Jika dahulu sijil dan CGPA menjadi penanda aras dalam kerjaya, kini mereka perlu bersaing dari segi soft skill dan kemahiran lain seperti penguasaan AI, perkomputeran dan banyak lagi sebagai nilai tambah pada diri mereka.

Kelebihan-kelebihan inilah yang dianggap dan dipandang tinggi oleh majikan kerana mengganggap calon tersebut lebih mempunyai nilai dalam pasaran pekerjaan secara praktikal.

“Saya prefer graduan kemahiran sebab mereka dah biasa hands on. Kalau sijil, mereka biasanya perlukan lebih masa bila dekat field.

“Dari segi teori memang mereka hebat. Tapi dari segi praktikal, budak-budak kemahiran lagi advance sebab mereka dah terbiasa 80 peratus praktikal dalam industri”

Selain itu, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut mendedahkan graduan kemahiran mempunyai peratusan kebolehpasaran yang lebih tinggi berbanding graduan universiti awam. 

Pada 2023 nilai kebolehpasaran graduan TVET (tidak termasuk MTUN) merekodkan 94 peratus manakala graduan TVET (termasuk MTUN) pula 94.5 peratus berbanding graduan universiti awam (UA) dengan nilai 93 peratus dan IPTS, 83 peratus.

Statistik ini membuktikan kewujudan TVET dapat membantu golongan graduan yang menganggur atau tidak melanjutkan pelajaran dapat menambah nilai pada diri selain mendapat tempat dalam industri sama seperti lepasan akademik lain.

Bahkan, kemahiran dan teknikal dalam industri menjadi aspek penting dan lebih praktikal. Ia secara tidak langsung dapat menampung kekurangan pada golongan ini daripada keciciran dalam dunia sekarang.

Dari tadi asyik bercakap tentang TVET, tapi apa sebenarnya TVET ni?

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Setiap kali tanggal 2 Jun, negara akan menyambut Hari TVET Negara. Acara tahunan menarik perhatian ramai denga membuka peluang pertumbuhan ekonomi negara. 

Pada 2024, Sambutan Minggu TVET Negara 2024 diadakan mulai 27 Mei sehingga 8 Jun 2024 meliputi institut TVET Awam di bawah 13 kementerian dan institut swasta. 

Antara objektif penganjuran Hari TVET Negara 2024 ini termasuklah mewujudkan kesedaran dan kefahaman; menarik lebih ramai belia yang berpotensi; menyalurkan maklumat kepada masyarakat: menghubungkan antara pelajar, belia, pencari kerja dalam industri; menjalinkan kerjasama strategik antara agensi: dan memberikan peluang kepada pelajar sekolah menengah dan komuniti setempat.

“Tahun ni dengar cerita Hari TVET Negara berlangsung di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat, Banting pada 7 dan 8 Jun. Ada banyak aktiviti menarik menanti di sana”

Jadi, jom min kongsikan program-program menarik yang berlangsung selama dua hari ini di bawah.

Difahamkan, sebanyak 477 program dan aktiviti yang dirancang dan penyertaan 194 agensi TVET Awam.

graduan kemahiran graduan universiti

Di ILP, terdapat lima HUB yang telah dibahagikan mengikut perancangan. 

HUB 1: TVET Exhibition

Di sini merupakan komponen utama Hari TVET Negara 2024, menghimpunkan kesemua 12 kementerian yang terlibat dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Malaysia.

Pelawat boleh menerokai teknologi terkini yang dipamerkan oleh rakan kongsi industri, menyertai hari terbuka TVET dan menyaksikan demonstrasi kemahiran yang mengagumkan dari Institusi TVET yang mengambil bahagian. 

HUB 2: TVET Seminar

Seminar ini akan berlangsung pada 7 Jun 2024, di Dewan Lavender ILP Kuala Langat, di mana masa depan pendidikan terbentang. 

Antara aktiviti utama bagi Hub ini adalah Bengkel Pembangunan TTT oleh HRD Corp dan seminar untuk pelajar lepasan SPM yang akan membincangkan merit laluan ‘TVET atau Akademik’. 

Panel yang terlibat yang pelbagai terdiri daripada pakar industri, pemimpin akademik, wakil institusi TVET, NGO dan agensi kerajaan akan memberikan gambaran menyeluruh tentang peluang dalam TVET dan akademik kepada lepasan SPM. 

Turut terlibat sama adalah industri untuk memberikan pandangan bagi dunia pekerjaan. Wakil daripada pelbagai kementerian juga akan hadir untuk menghebahkan tawaran kemasukan ke program TVET mereka. Jangan lepaskan peluang ini untuk menemui potensi anda dan mengukir laluan kerjaya yang gemilang

graduan kemahiran graduan universiti

 

HUB 3: TVET Job Fair

Sementara itu di HUB 3, memberikan masa depan yang cerah kepada anda dan ia dibawakan khas oleh PERKESO. Dengan penyertaan daripada 20 syarikat terkemuka, pameran ini merupakan peluang keemasan bagi pencari kerja dan graduan TVET untuk berhubung dengan majikan yang menawarkan lebih 3000 kekosongan jawatan dalam pelbagai bidang terutamanya yang berkaitan TVET.

Sama ada anda baru bermula atau ingin memajukan kerjaya anda, Hub 3: TVET Job Fair ialah tempat yang sesuai untuk mencari kerjaya yang sesuai dengan anda dan mengambil langkah seterusnya dalam kareer profesional anda.

Hari TVET Negara 2024

HUB 4: TVET Entrepreneur

Selain itu, stesen keempat ini pula menampilkan ‘Kisah Kejayaan TVET’, menonjolkan perjalanan individu yang telah berkembang maju melalui laluan TVET.

Selain itu melalui ‘Pameran Produk Usahawan TVET’, produk dan perkhidmatan inovatif yang dibangunkan oleh graduan TVET akan dipamerkan kepada pengunjung.

graduan kemahiran graduan universiti

HUB 5: TVET Challenge

Hub ini akan menampilkan ‘TVET Drone Soccer Challenge’ mendebarkan serta ‘TVET Robotic Challenge’, di mana kemahiran peserta dan teknologi bergabung dalam paparan ketangkasan udara dan kehebatan robotik.

Selain itu, ‘Pertandingan Junior Skills Malaysia (JSM)’ akan menonjolkan bakat pelajar TVET dalam kedua-dua bidang pengendalian dron dan robotik mudah alih. Ia merupakan pameran kemahiran, strategi dan semangat TVET, sesuai untuk mereka yang meminati teknologi masa depan serta cabaran.

Menarik bukan?

Jadi apa tunggu lagi, jom meriahkan sambutan Hari TVET Negara 2024 sambil menyelam peluang pekerjaan yang terhidang di sana.

Untuk maklumat lanjut mengenai atur cara program dan maklumat lanjut boleh klik di sini.

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?