Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Sabah liga juara afc
Kredit Facebook FAM

Sabah Bakal Berentap Dalam Pusingan Kelayakan Liga Juara-juara Wanita AFC 2024

Azizah Najib

Sabah Bakal Berentap Dalam Pusingan Kelayakan Liga Juara-juara Wanita AFC 2024

Juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2023, Sabah diumumkan bakal bertanding di dalam pusingan kelayakan Liga Juara-juara Wanita AFC 2024 yang bakal berlangsung pada 25 hingga 31 Ogos 2024.

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.

“Setiausaha Agung Persatuan FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman bersama Ketua Jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi selaku ketua unit bola sepak wanita FAM telah hadir ke pejabat Persatuan Bola Sepak Sabah, semalam bagi menzahirkan ucapan tahniah serta mengadakan perbincangan lanjut mengenai persiapan pasukan,” katanya.

Difahamkan Liga Juara-juara Wanita AFC 2024 diadakan buat julung kalinya oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan skuad bola sepak wanita Sabah merupakan pasukan bola sepak wanita pertama di Malaysia untuk melayakkan diri ke pertandingan berprestij ini.

Bagi melayakkan diri menyertai Liga Juara-juara Wanita AFC, pasukan bola sepak wanita Sabah bakal berentap bersama 14 pasukan lain sebelum bertemu lapan pasukan teratas yang telah layak mengikut kedudukan dalam FIFA.

BACA: Sidang Kemuncak Denggi Asia Ke-7 Berlangsung Di Kuala Lumpur

Pasukan yang terdiri daripada pemain dan penjaga gol terbaik tahun 2023, Usliza Usman dan Asma Junaidi itu akan layak ke peringkat seterusnya jika mereka berjaya menjadi salah satu daripada empat juara kumpulan.

“Empat juara kumpulan akan layak ke peringkat kumpulan yang akan menyaksikan 12 kelab berentap bagi melayakkan ke Liga Juara-juara Wanita AFC yang dijadualkan berlangsung pada Januari 2025,” kata FAM lagi.

Menurut AFC, peringkat suku akhir dijadualkan berlangsung pada 22 dan 23 Mac 2025 menyaksikan lapan pasukan terbaik peringkat kumpulan itu berentap. Peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir pula bakal berlangsung antara 21 hingga 24 Mei 2025.

Imbas kembali, pasukan wanita Sabah menjadi juara sulung LWN 2023.

Memetik Sinar Harian, pasukan itu mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Malaysia University Football Team (MUFT) dalam aksi di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Sabah dinobatkan sebagai juara selepas memiliki kelebihan perbezaan jaringan berbanding Kelana United FC yang ketika itu berkongsi 13 mata dengan mereka.

Sumber: Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia, AFC

BACA JUGA: Kena Tahu Beza Sunat & Wajib, Peserta Korban Tak Boleh Ambil Daging Dalam Keadaan Ini