Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
beza sunat wajib peserta korban ambil daging
Gambar Via Bernama
Tiada Kategori

Kena Tahu Beza Sunat & Wajib, Peserta Korban Tak Boleh Ambil Daging Dalam Keadaan Ini

Sofea

Kena Tahu Beza Sunat & Wajib, Peserta Korban Tak Boleh Ambil Daging Dalam Keadaan Ini

Syawal sudah berlalu ‘pergi’, kini sudah tiba masanya kita menyambut kedatangan bulan Zulhijjah yang juga menandakan kedatangan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Seperti yang diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman, umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun.

Bermakna tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk kita dapat menyaksikan kemeriahan sambutannya. Semestinya berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha atau juga disebut sebagai Hari Raya Korban akan dipenuhi dengan hidangan daging kambing atau lembu.

Dalam pada itu, mesti ada di antara anda yang mengambil bahagian untuk korban pada kali ini bukan? Disebabkan bukan setiap tahun kita melakukan korban, pastinya banyak persoalan yang timbul berkaitan hukum hakam serta sebarang peraturan berkaitan ibadah tersebut.

Justeru, sebelum tibanya Hari Raya Korban ini, SK ingin tekankan sedikit mengenai pembahagian daging korban yang terdiri daripada dua jenis.

Apa itu korban sunat dan korban wajib?

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pembahagian daging korban itu terdiri daripada sembelihan korban wajib atau nazar dan sembelihan sunat.

Dalam satu garis panduan pelaksanaan ibadah korban yang diterbitkan sejak 2013, JAKIM berkata orang yang melakukan korban nazar dan ahli keluarga di bawah tanggungannya haram memakan daging yang dikorban walaupun sedikit. Semua daging itu termasuk kulit dan tanduk wajib disedekahkan kepada orang fakir dan miskin.

Bagi yang tidak tahu, korban nazar bermaksud korban yang diwajibkan ke atas individu yang berazam untuk melakukan korban nazar. Sebagai contoh apabila seseorang menyebut “Wajib ke atas diriku berkorban seekor kambing kerana Allah SWT”.

Manakala, sembelihan sunat pula adalah korban yang dilakukan bukan niat kerana bernazar. Ia dikira sunat kerana tidak ada sebab-sebab dan syarat yang menjadikannya wajib.

Pandangan ulama mazhab Shafi’i menyatakan bahawa pihak yang melakukan korban sunat termasuk ahli keluarganya boleh memakan ⅓ dari daging tersebut. Selain itu, ⅓ juga perlu disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin serta ⅓ lagi dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

“Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi’i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berkorban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ia sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan korban,” kata JAKIM.

Diharapkan ia serba sedikit dapat memberikan pencerahan kepada anda yang ingin berkorban pada tahun ini.

Korban lebih mudah dengan teknologi di hujung jari

Sementara itu, bagi yang berhasrat untuk melakukan korban, anda sebenarnya boleh menggunakan MyQurban yang dibawakan khas oleh Maybank Islamic sempena Aidiladha ini. Anda jangan risau, semua proses korban diurus dan dikendalikan oleh rakan usaha sama yang telah disaring oleh pihak Maybank Islamic.

Dengan kos yang mampu milik dan hanya di hujung jari sahaja, anda boleh melaksanakan ibadah korban dengan harga yang lebih murah dan ganjaran yang lebih besar. Tidak cuma itu, anda boleh mendapatkan diskaun RM20 untuk setiap bahagian korban, di dalam mahupun di luar negara. Menariknya, tiada had yang dikenakan ke atas diskaun ini.

peserta korban ambil daging

“Bagi pelanggan yang berkemampuan lebih dan ingin membuat lebih daripada satu sumbangan, kami akan tetap berikan diskaun RM20 bagi setiap pesanan korban yang dibuat,” kata Maybank Islamic

Sambil-sambil berkorban, anda juga boleh menyumbang atau bersedekah kepada misi bantuan kemanusiaan Palestin yang disalurkan menerusi Mercy Malaysia. Dengan setiap pesanan bahagian korban yang dilakukan, pihak Maybank Islamic akan memadankan sumbangan tersebut atau matching contribution berdasarkan bahagian korban yang terkumpul.

Maknanya, jika 20,000 bahagian korban yang dipesan maka sebanyak RM20,000 akan disumbangkan. Manakala, jika 40,000 yang terkumpul, maka RM40,000 juga akan disumbangkan oleh Maybank Islamic kepada tabung misi bantuan kemanusiaan Palestin. Dalam erti kata lain, lebih banyak pesanan bahagian korban yang diterima, lebih banyak yang akan disumbangkan kepada Palestin.

peserta korban ambil daging

Dalam pada itu, MyQurban mengalami sedikit pembaharuan berbanding pada tahun lalu iaitu Maybank menambah rakan usaha sama yang lebih banyak dalam memudahkan pelanggan untuk melakukan ibadah korban.

Rakan usaha sama itu terdiri daripada EZQurban, Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM), Aqiqah Centre dan Aqiqah4u.

Cara daftar MyQurban

Dengan hanya satu klik, anda sudah boleh melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Bagi yang masih belum menyertai MyQurban, ikuti langkah di bawah ini.

Pertama, anda perlu melayari platform pembekal terpilih iaitu EzQurban (www.ezqurban.org/maybank), Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM (https://www.ihsanpalestin.com/maybank), Aqiqah Centre (https://aqiqahcentre.com/maybank/) atau Aqiqah4u ( https://aqiqah4u.my/maybank).

Seterusnya pilih pakej korban (sama ada seekor lembu, sebahagian lembu atau kambing) dan selepas itu masukkan maklumat peribadi anda. Setelah itu, pilih dan lakukan pembayaran, apabila selesai anda akan menerima emel daripada pihak pembekal yang dipilih.

Dengan penggunaan teknologi digital dalam melakukan ibadah korban dan bersedekah ini, kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk keluar melakukan urusan tersebut. Mungkin timbul persoalan mengenai pahala yang akan diperolehi oleh kita jika tidak pergi melakukan urusan tersebut secara fizikal.

Baru-baru ini Mufti Menk telah menjelaskan perkara itu menerusi Podcast Kindred Stories yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan. Menurutnya, walaupun kita akan mendapat pahala berlipat kali ganda jika melakukan ibadah tersebut secara fizikal namun pahala tetap tidak berkurang jika menggunakan teknologi.

“Jika saya pergi sendiri melakukannya dan dana itu tidak sampai kepada orang sepatutnya, maka lebih baik berikan kepada orang untuk mengendalikannya kerana ia akan mencapai banyak perkara. Kadang-kadang lebih baik gunakan teknologi berbanding pergi sendiri melakukannya,” katanya.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih jelas mengenai perkara ini, saksikan video di bawah.

Bersama kita lahirkan kepuasan dalam pengorbanan. Untuk maklumat lanjut, layari maybank.my/myqurban, EzQurban (www.ezqurban.org/maybank/), Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) (https://www.ihsanpalestin.com/maybank), Aqiqah Centre (https://aqiqahcentre.com/maybank/) dan Aqiqah4u (https://aqiqah4u.my/maybank).