Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Beza Perayaan Thaipusam Dan Deepavali
Kredit: Bernama
Disambut Masyarakat Hindu, Ini Beza Perayaan Thaipusam Dan Deepavali

Iqbal Yasir

Disambut Masyarakat Hindu, Ini Beza Perayaan Thaipusam Dan Deepavali

Tidak dinafikan, Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang terdiri daripada kaum majoriti seperti Melayu, Cina dan India.

Kepelbagaian kaum dalam sebuah negara menjadi Malaysia mempunyai pelbagai peristiwa dan perayaan yang disambut setiap tahun.

Bagi penganut Hindu, antara perayaan yang sentiasa disambut setiap tahun adalah Thaipusam dan Deepavali.

Tahun ini, perayaan Thaipusam disambut pada 1 Februari ini (Ahad).

Meskipun kedua-duanya disambut secara meluas di Malaysia, namun masih ramai yang keliru dengan dua perayaan ini.

Bersempena sambutan Thaipusam, mari SK kongsikan perbezaan antara perayaan Thaipusam dan Deepavali yang perlu anda ketahui di bawah.

Apa Itu Thaipusam?

Thaipusam merupakan hari perayaan yang disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu iaitu Dewa Murugan atau dikenali sebagai Dewa Subramanian.

Perayaan ini bertujuan untuk menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan.

Maksud Thaipusam

Tahukah anda perkataan Thaipusam ini sebenarnya terdiri daripada dua gabungan makna.

Perkataan 'Thai' merujuk kepada bulan Thai yang juga dikenali sebagai Pausa (merupakan bulan ke-10 dalam kalender Hindu dan kalender kebangsaan India (sekitar Januari atau Februari).

Manakala harinya pula 'Pusam' pula merujuk kepada hari atau bintang Pusa, iaitu bintang kelapan antara 27 bintang dalam zodiak astronomi dan astrologi India. Ia merupakan sebuah bintang dalam buruj Kanser Astronomi Barat dengan terbitnya bulan purnama, maka akan berlangsungnya sambutan hari Thaipusam.

Bagi penganut Hindu, hari istimewa ini dianggap hari paling optimum untuk Dewa Murugan.

Oleh itu, ramai penganut Dewa Murugan berpuasa pada hari Thaipusam untuk menunaikan nazar sebagai tanda kesyukuran.

Ini kerana hajat yangt diimpikan telah dimakbulkan dengan membawa dan mengusung kavadi, menjunjung belanga yang mengandungi susu (paal kudam), menindik (alagu kuthuthal), mencukur kepala dan menyembah Dewa Murugan dengan mempersembahkan buah-buahan, kuntuman bunga, setanggi, kemenyan dan lain-lain lagi berdasarkan nazar seseorang itu.

Selain itu, ada juga pasangan penganut Hindu yang bernazar dengan membawa bayi menggunakan anduh yang diikatkan pada beberapa batang tebu sebagai tanda berterima kasih kerana dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama penantian.

Beza Thaipusam dan Deepavali atau Diwali

Berbeza pula dengan Deepavali, perayaan ini akan disambut oleh penganut Hindu akan pada bulan gelap yang dikenali sebagai Aippasi, sekitar Oktober hingga November setiap tahun.

Dikenali sebagai Perayaan Cahaya

Menariknya, Deepavali bermaksud “sebarisan pelita”, kerana pelita dan lampu dinyalakan sebagai simbol cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengalahkan kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman, serta kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Pada pagi Deepavali, masyarakat Hindu akan menyucikan diri dengan menyapukan minyak di kepala sebelum mandi, satu ritual yang melambangkan pembersihan rohani dan jasmani.

Mereka kemudian bersembahyang di rumah atau di kuil sebelum memulakan tradisi kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara.

Kebiasaannya, tuan rumah menyediakan pelbagai manisan dalam kotak kecil untuk tetamu.

Manakala rangoli (kolam), lukisan indah daripada tepung beras berwarna-warni akan menghiasi pintu masuk rumah sebagai tanda sambutan dan simbol tuah.

Dalam bahasa yang mudah, Thaipusam biasanya lebih kepada ritual fizikal dan keagamaan yang mendalam, sementara Deepavali disambut dengan suasana ceria, jamuan makanan dan kunjung-mengunjung (kekeluargaan).