Siakap Keli
bas rombongan guru kemalangan
Gambar: BERNAMA

Bas Bawa Rombongan Guru Terlibat Kemalangan, Dua Dilaporkan Maut

Bas Bawa Rombongan Guru Terlibat kemalangan, Dua Dilaporkan Maut

Sekurang-kurangnya dua maut apabila bas persiaran yang membawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka terbabas dan terjunam selepas terlibat dengan kemalangan dengan sebuah treler pada awal pagi Ahad.

Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah semasa bas yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu dalam perjalanan ke Terengganu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, kira-kira jam 12.31 pagi pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah telah dihantar ke tempat kejadian dan tiba pada jam 12.56 pagi.

“Operasi menyelamat turut dibantu anggota dari BBP Chini, BP Segamat,BBP Jalan Abdullah, Segamat dan BBP Jempol selain polis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Anggota terlibat membantu mengeluarkan mangsa dalam bas yang terjunan ke bawah cerun,” ujarnya.

Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital, ujar Ismail.

“Pemandu treler dilaporkan selamat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.